16 Rejab 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.
Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.
“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.
“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.
Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.
Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.
Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.
Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).
Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.
Harakahdaily/-

1 ulasan:
Umno memang suka makan duit haram...
Semua duit di rembat tak kiralah duit sape pon, asalkan kaya.
Duit saham judi,
duit saham khinzir,
duit royalti minyak org2 Melayu Kelantan dan Melayu Terengganu,
duit komisyen pembelian senjata,
duit rakyat yg melabur utk dpt sedikit pendapatan tambahan'yg di label Umno skim cepat kaya' utk menghalalkan Umno rampas duit rakyat...sampai guna mufti2 bersidang di terengganu utk sahkan...
duit projek2 apa saja dalam kerajaan...
duit bantuan utk membantu org2 Melayu miskin...
Tak percaya...memang anda dah tertutup pintu hati...
Catat Ulasan