04 Jun 2010

KERAJAAN `TIDAK MUKTAMAD' , HURU HARA ZAMAN NAJIB

20 Jamadil Akhir 1431 H
wfauzdin.blogspot.com

BERTAMBAH haru biru nampaknya pentadbiran kerajaan di bawah Najib. Mungkinkah Najib sudah mulai tertekan dengan berbagai masalah yang beliau hadapi? Tekanan ke atas Najib nampaknya berjangkit kepada Menteri Kabinetnya sendiri. Saya suka gelarkan kerajaan ini sebagai `kerajaan tidak muktamad'. Mengapa?

Najib memperkenalkan dasar MEB bagi menggantikan DEB kununnya sebagai persaingan kepada dasar yang dicipta oleh PR yang meletakkan keadilan di dalam pembahagian ekonomi negara. Tetapi, apa sudah jadi? Bila berpuluh-puluh NGO pertubuhan Melayu membantah, maka Najib pun berkata MEB belum muktamad. Habis tu, selama ini dia merapu pasal benda yang tidak muktamad lah?

Kemudian, isu tanah Kg Bharu, Kuala Lumpur pula. 40 % tanah akan dibuka kepada bukan Melayu, maka bantahan pun diterima dari berbagai pihak. Menteri yang berkaitan pun menjawab, isu itu pun belum muktamad juga.

Sebelum ini pasal larangan penjualan rokok 14 batang. Sudah muktamad bahawa dikuatkuasakan bulan ini, tetapi ditangguhkan pula. Mengapa? Mungkinkah keputusan itu belum muktamad atau ditangguhkan atas sebab-sebab kepentingan pihak tertentu?

Kalau anda fikirkan balik, banyak lagi yang tidak muktamad di era Najib ini. Lesen judi bola sepak Piala Dunia mungkin sudah muktamad dan mungkin telah pun beroperasi. Pembatalan kerjasama dengan APCO sudah muktamad atau belum? Atau mahu tunggu puak Zionis tu lebih mengganas lagikah untuk dimuktamadkan?

Apa-apa pun lepas ini kita akan lihat betapa bertambah lintang pukang pentadbiran Najib. Apabila PM sudah kelam kabut, Menteri-Menteri pun apa lagi lah. Maka, berbagai-bagai dasar yang keluar dan berubah sekelip mata. Ini menunjukkan Najib sudah hilang keyakinan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini.

3 ulasan:

Mr. K berkata...

bila dikatakan nak mengambil kira pandangan rakyat maklum balas rakyat... dikatakan pulak tak muktamad.. takde pendirian,. flip flop..

bile diteruskan pulak dikatakan zalim... 2x5 je jawapannye iaitu tetap dihentam... kerja xbuat politik je mmnjang...rakyat kemana pun xtau

yang tahu hanya melalak... melalak dan meyalahkan

cik mon berkata...

halo mr k. kalu nk ambil pandangan rakyat bukan cam tu. buat kajian dulu dgn yg pakar. di malaysia ni terbalik umum laksanakan bila rakyat protes baru nk kaji..... penin kopalo den . bahalol

Tanpa Nama berkata...

helo mr.k (kurap) lu pikir la pakai kepal otak...dah menghalalkan judi..pandangan ape yang ko pakai...pakai lah pandangan Allah dan Rasul..bodo ..orang cakap elok2 tak paham..