20 Jun 2010

Mahasiswa Cabar Jamil Khir Buktikan Militan Di Mesir

oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Isu kewujudan militan di bumi Mesir semakin dipanaskan, tambahan pula perencahnya ditambah oleh seorang kakitangan kerajaan yang bernama Khairi. Maka, saya mencabar Dato Seri Jamil Khir Baharom untuk buktikan dua perkara :

1. Buktikan kewujudan militan di Mesir, kemudian...
2. Buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap dalam pemikiran mahasiswa di Mesir

Sebelum ini, beliau berapi-api menyatakan di dalam akhbar kewujudan militan di Mesir dan bahayanya kerana boleh mempengaruhi mahasiswa di sini. Beliau menambah lagi bahawa “pegawai-pegawai” yang dihantar ke Mesir mampu mengawal dan memastikan perkara ini tidak berlaku.

Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di akhbar 17 Jun :

"Di Mesir terdapat hampir 6,000 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang terutama agama dan perubatan, sudah tentu mereka terdedah dengan pelbagai aliran dan fahaman perjuangan serta pergerakan atas nama Islam.

"Namun, kita mempunyai pegawai-pegawai yang sentiasa mengawasi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak agar pelajar kita tidak terlibat dengan sebarang gerakan yang melampau," katanya.

Beliau berkata lagi :

Beliau diminta mengulas kebimbangan kemungkinan para pelajar terutama yang mengikuti pengajian di beberapa negara terutama Mesir, Jordan dan Syria terpengaruh dengan pergerakan ekstrem termasuk kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Saya mencabar beliau, sekiranya benar kenyataan ini dibuatkan berdasarkan bukti, silakan untuk membuktikan kedua-dua bukti tadi. Bertambah parah apabila kakitangan kerajaan di Mesir yang bernama Khairi, telah mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI. Beliau menulisnya di dalam Facebook beliau.

Khairi Jalalluddin : Jihad yang sering disalah ertikan oleh puak militan JI atau nama lamanya Ikhwan Muslimin. (17 Jun, 11.04 pm)

Tuduhan-tuduhan mengarut seperti ini perlu dibersihkan. Sila buktikan kewujudan militan di Mesir, sila buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap pemikiran Melayu di Mesir dan sila buktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah nama lama bagi JI.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yb
Tak usah pedulikan Jamil Khir tu. Dia tu kaki bodek. Masa dalam tentera dulu pun apa ada di buat nya selain membodek Najib.
Semua orang tahu malahan anggota KAGAT ATM pun ramai yang meluat drngan perangai dia yang kerja nya asyik mengampu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada JI yang mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa IPT Malaysia, itu mesti didatangkan khas dari Bukit Aman; ingat senang pensyarah-pensyarah nak buat onar di IPT yang sentiasa dipantau SB dan konco-konco UMNO? UMNO kau toksah nak bohong la.

Setahu saya melalui berita-berita yang disiarkan di arus perdana, JI tidak pernah meletupkan rumah ibadat agama lain, yang diletupkan premis-premis maksiat, kedutaan dan hotel yang menjadi tumpuan masyarakat pro US dan Yahudi. Kalau nak letup kuil di Batu Caves dan Pulau Pinang tu kerja buat UMNO Sdn Bhd, tidak melibatkan parti-parti komponen lain BN - ini adalah persepsi saya.

Tanpa Nama berkata...

majoriti mahasiswa tolak BN dan PTPTN yang dipertahankan UMNO

Tanpa Nama berkata...

bila mahasiswa tolak BN dikatakan militan

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa sayangkan negara dari dijahanamkan oleh pemimpin UMNO. dan menolak BN yang pro rasuah dan anti kesejahteraan rakyat

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa hendaklah menjadi antara peneraju utama kebangkitan menumbangkan BN yang meningkatkan pengangguran siswazah

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa kena bangun dari tidur dan bekerja keras menumbangkan UMNO

Tanpa Nama berkata...

ikhwan muslimin pun nak dikata JI...? takut sangat ka nak kata pengganas.??ayat berlapik konon...ramai ulama dikalangan ikhwanul muslimin..termasuk al QARDHAWI...hebat sangat ke jamil nak banding diri dia dengan para ulama terkemuka?? muhasabah le sebelum nak tuduh orang irhab ke apa ke..