20 Jun 2010

Tukang Kimpal Ma Weixiong dan Pisau Etnik Bonan (1)


Etnik Bonan ialah salah satu daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Jumlah penduduknya tidak banyak iaitu kira-kira 16 ribu orang menurut statistik tahun 2000. Mereka kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik-Etnik Bonan, Dongxiang dan Salar Jishishan, Provinsi Gansu.

Pisau etnik Bonan merupakan kraf tangan tradisional etnik Bonan yang terkenal. Sejarah pembuatan pisau etnik Bao'ao selama sekurang-kurangnya 130 tahun. Biasanya, sebanyak 40 hingga 80 proses untuk menghasilkan sebilah pisau etnik Bonan, antara lain termasuk mereka bentuk, memilih bahan, mengetuk dan menempa besi dan keluli, mencelupkan besi ke dalam air, mencanai pisau dan sebagainya.

Menurut catatan sejarah, orang entik Bonan melakukan aktiviti mengimpal pisau ada kaitan yang rapat dengan kegiatan ketenteraan pada zaman Dinasti Yuan (iaitu 1271-1368). Pada tahun 1227, sebahagian askar keturunan Asia Tengah dari tentera Genghis Khan dan tukang kraf berhijrah dan tinggal di kawasan Tongren, provinsi Qinghai sekarang. Mereka bergaulan dengan penduduk pelbagai etnik tempatan sehingga beransur-ansur mewujudkan satu etnik yang baru, iaitu etnik Bonan yang ada sekarang. Kepercayaan mereka, iaitu agama Islam juga dikekalkan hingga masa ini. Ramai daripada mereka mencari rezeki sebagai tukang kraf seperti tukang besi, tukang emas dan perak, tukang kayu serta tukang kasut.

Dahejia terletak di bahagian selatan Gansu yang berdekatan dengan Qinghai. Orang etnik Bonan berhijrah dan menempatan di Dahejia pada zaman dahulu disebabkan suasana Dahejia lebih sesuai bagi mereka mengamal kehidupan. Mereka mengekalkan tradisi mengimpal pisau, namun pisau mereka bukan dihasilkan untuk bertempur dalam peperangan, sebaliknya untuk menukarkan kamping, lembu dan barang-barang keperluan harian daripada penduduk yang lain. Pelbagai etnik minoriti termasuk Etnik Bonan, Etnik Hui, Etnik Salar dan Etnik Tibet serta Bangsa Han hidup bersama secara harmoni di Dahejia.

Reka bentuk, teknik kimpal dan hiasan ukiran pada pisau etnik Bonan bermacam-macam. Kesemuanya mengandungi makna dari segi sejarah, konsep dan penilaian kebudayaan orang etnik Bonan. Pisau Etnik Bonan mempunyai pelbagai jenis, termasuk "Shiyangjin", "Boriji", "Pisau Kembar" dan sebagainya. Antaranya Pisau "Shiyangjin" yang paling cantik rupanya, dan Pisau "Boriji" adalah yang paling terkenal.CRI/-

Tiada ulasan: