23 Jun 2010

Seorang Rakyat Malaysia Ditahan Di Mesir

9 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia berumur 41 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Wisma Putra menerima laporan pada 13 Jun daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir pada hari yang sama (13 Jun)," katanya dalam satu kenyataan di sini Iisnin malam.

Beliau berkata Muhamad Zulkifli ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanahair.

Katanya Muhamad Zulkifli masih dalam tahanan pihak berkuasa Mesir untuk siasatan lanjut dan Kedutaan Malaysia di Kaherah sudah membuat beberapa representasi konsular ke atas pihak berkuasa berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan itu.

"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sedang berusaha untuk menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menyegerakan proses siasatan. Sekiranya tiada bukti yang kukuh untuk beliau didakwa, Wisma Putra akan menggesa kerajaan Mesir agar membebaskan Muhamad Zulkifli," katanya.

Menurutnya Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu dan masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Mesir.

mStar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa ini semua diatur oleh musuh PAS. Beberapa hari terdekat ini aliran media cuba menghubungkan PAS dan terrorism.

cuba lihat link ini, cari Muhamad Zulkifli. Adakah ini orang yang sama?

http://thestar.com.my/election/results/06/06p.html

Kalau orang yang sama, PAS perlu cepat membuat preemptive action untuk melawan semula tindakan tidak bertanggungjawab ini.