22 Julai 2010

Bila si gadis hisap rokok

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Ummu Waheedah

Kisah petang semalam di sebuah kedai runcit di kawasan perumahan saya.Ketika itu saya membeli beberapa barang keperluan, lalu datang dua orang gadis remaja yang cantik wajahnya seiras aktress Fazura. Amboi tertoleh dua kali saya dibuatnya. Comel sungguh, anak siapa?

Dia menunggu disisi saya kerana memberi ruang kepada saya membayar harga barangan terlebih dahulu. Sebaik sahaja saya membayar, cepat tangannya menyambar tin rokok usang depan saya. Diambilnya sebatang rokok dan disuanya seringgit malaysia.Seorang lagi pun buat perkara yga sama. Isteri taukeh kedai mengembalikan beberapa sen kepada mereka.Secepat kilat mereka beredar dari kaunter.

Saya yg masih belum berganjak dari kaunter jurukira tergamam sekejab.Dalam minda tergantung tanda soal "gadis merokok??". Lalu saya bertanya seakan berbisik kpd isteri taukeh kedai " derang merokok ker?.. "alah biasalah kak.." jwp isteri taukeh kedai selamba. "Ramai yg hisab, dah tak heran..". Soalnya kenapa dijual? untung tak berapa sen pun...

Ketika nak pulang taukeh kedai dah tersengeh2 memandang saya. Rupanya dia melihat gelagat saya yang terkejut beruk melihat dua gadis membeli rokok. Yerlah kalau beruk hisap rokok pun kita heran inikan pula wanita yang sepatutnya penuh sopan. Lebih terkejut sebab bila mereka beredar dari kedai barulah nampak pakaian mereka yg ala pakaian ahli sukan ragbi yang saya meluat tu.

Itu yang taukeh kedai tersengeh2, dia tahu saya tak suka tapi mereka dah biasa rupanya dengan peristiwa begitu. Mereka tidak menegur kerana yang penting ialah 'menjaga hati pelangan.

2 ulasan:

akulajuki berkata...

Anak gadis belasan tahun yang pada suatu ketika dahulu disebut sebagai "dara pingitan", sekarang ni dah jadi "dara pungutan". Bukan sahaja rokok dia orang hisap malah lebih daripada itu dia orang dah hisap!!!!!

UMNO BARU 1988 PEMBAWA KEROSAKAN KPD MASYARAKAT MELAYU berkata...

UMNO TAK PERNAH KISAH DGN KEROSAKAN YG BERLAKU DLM MASYARAKAT KERANA ITU YG AKAN MEMBERI UNDI KPD UMNO WALHAL UTK JGKA PJG SEBENARNYA TIDAK AKAN MEMBERI UNTUNG KPD UMNO KERANA APABILA KEROSAKAN SUDAH TERLALU BESAR MAKA UMNO TIDAK BERUPAYA UTK BERBUAT APA2...TERMASUKLAH UMNO SENDIRI AKAN DI PIMPIN OLEH ORG2 YG BODOH UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH/KEROSAKAN YG TIMBUL DLM MASYARAKAT...DAN PEMIMPIN2 UMNO INI AKAN MEMBERI JAWAPAN YG BANGANG TETAPI AKAN DI PERSETUJUI OLEH PENCACAI2 BUNCIT KETAGIH PROJEK DI SEKELILING MEREKA.

RAKYAT DI DAHULUKENAKAN

PENCACAI DI UTAMAKAN.