23 Julai 2010

Deman panas UMNO makin teruk.

10 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro UMNO terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin UMNO. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan UMNO dan Pas perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai

Semakin pening bila ada yang berkata itu semua akan menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu. Seperti dipetik dari Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa Pas juga mahukan perdamaian sama seperti UMNO.

Inilah satu lagi bukti UMNO yang semakin teruk "demam panas"nya sehingga meracau terlalu jauh dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ketua pemuda PAs Pusat itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebenarnya mengajak UMNO menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu kelmarin yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporan yang tidak bertanggun jawab itu , Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Putar belit dari utusan itu segera di jawab oleh Ust. Nasrudin dalam harakahdaily pada hari yang sama.

Sesungguhya putar belit dari media UMNO dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan UMNO mengenai Isu yang sama, termasuklah kesungguhan "Mufti UMNO", Harussani yang bercakap perkara yang sama untuk menjadi jambatan adalah bukti UMNO sudah kekeringan modal dan dalam keadaan amat tersedak.

UMNO sudah hampir karam dalam keadaan mereka sesama sendiri berbalah dan dalam keadaan kucar kacir dalam BN yang memperlihatkan rapuhnya gabungan BN untuk kekal berkuasa dimasa akan datang.

Awas, UMNO dalam kadaan lemas dan sedang mencari tempat berpaut.

Kerana itu saya kira sudah sampai masanya seperti yang dicadangkan supaya UMNO kembali insaf dengan kesilapan yang telah mereka lakukan lebih 50 tahun lepas.

Saya cadangkan supaya UMNO segera dibubar atau bergabunglah dengan Pakatan Rakyat demi untuk menjain masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Waktu masih berlum terlabat.

Atau mereka akan ditolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke 13 akan datang , dan itulah keyakinan yang ada pada diri saya.

5 ulasan:

Nasharrawy berkata...

Terbukti perjuangan assobiyyah kaumiyah Melayu Umno telah gagal kerna ideologinya yang sesat lagi menyesatkan ummah dan mencetuskan huru-hara bagi kestabilan negara.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah PAS mahukan perdamaian, sebab Islam menganjurkan begitu, tetapi bukan perdamaian dengan golongan munafik dan putar belit,seperti kaum yahudi.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu... minta tolong lah Mufti Haru Sana Sini ni letak jawatan Mufti Perak... Umat Islam Perak tidak sanggup lagi menanggung biawak hidup.... Allahu Akbar

Tangkamani berkata...

Salam untuk Tuan...

UMNO perlu bersatu dengan PAS dalam erti kata orang UMNO MELAYU dan ISLAM perlu masuk PAS.

Kenapa orang melayu sukar untuk meninggalkan pati usang itu yang telah nyata gagal dalam tempoh lebih 50 tahun? Kenapa Singapura yang diperintah DAP jauh maju dari Malaysia? Kenapa takut berubah kearah itu?

Jawapannya mudah, orang melayu telah lama ditipu oleh UMNO dan masih tidak sedar sedang ditipu lagi. Kalau UMNO betul-betul hendak bersatu BAWA MASUK SEMULA ANWAR KEDALAM UMNO.. dan selesaikan perbalahan dalam umno seperti yang telah ditunjukajar oleh Pati MCA.

UMNO hilang kuasa atas kesedaran sebahagian kecil orang melayu dan PAS mendapat sedikit Kuasa atas bantuan sebahagian orang bukan melayu. Namun orang melayu tidak hilang kuasa cuma berpindah kepada PAS yang mewaliki Melayu. Seandainya terjadi PAS bersatu dengan UMNO akan muncul Pati PAS Baru, akan lagi berpecah melayu.... angkara siapa???... UMNO!!! satu lagi kejayaan UMNO. Meraka menggoda PAS dengan MUFTI (padahal itu Iblis yang bettopengkan Mufti) sejarah telah menunjukan bagaimana iblis berjaya menggoda ulamak terdahulu dangan menyamar menjadi ulamak yang lebih dari ulamak.. renungkanlah.

UMNO telah rosak.. untuk memperbaiki kosnya telalu tinggi.. tukar baru.. ada warenti.. Kalau UMNO iklas untuk bersatu.. BAWA SEMULA ANWAR KEDALAM UMNO masalah akan selesai. kalau timbul masalah baru cuma seketika sahaja. Selagi Anwar di luar UMNO, tak mustahil UMNO akan hilang kerana kalau Anwar jadi PM (samada menerusi BN atau PR) akan muncul UMNO lagi BARU dibawah ANWAR. Percayalah

GOLONGAN TAMAK IKHLAS BERBAIK...ADA UDANG... berkata...

Salam,
Najib tidak mendapat sokongan pemimpin2 Umno yg ada skrg ini, buktinya pengundian Bajet tahun ini yg hampir2 melingkupkan Najib, hanya kelebihan beberapa undi sahaja, menunjukkan semcm undi tidak percaya kpd Najib...mungkin skandal2 yg terlalu byk yg mungkin di ketahui oleh pemimpin2 Umno...

Siapa yg perlukan siapa? Siapa yg sgt terdesak? Takkan rakyat Malaysia ini BODOH sgt mungkin kecuali Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yg masih lagi BIRU MATA HITAMNYA yg masih boleh di perbodoh-bodohkan oleh Umno...

Tsunami 2008, siapa yg meraung kuat, seperti kerasukan Hantu, menggunakan segala alat media yg ada untuk merampas kembali negeri yg memilih PR dgn cara yg amat kotor..Perbicaran Liwat 2, yg di ketawakan oleh Media antarabangsa...Isu2 yg terlalu banyak, yg di timbulkan, tetapi apabila terkena batang hidung sendiri...ianya malah lenyap begitu sahaja...Semuanya di SAPU KE BAWAH KARPET', ATAUPUN BANGKAI GAJAH INI HENDAK DITUTUP DGN SELUAR DALAM SAIPOOL'...

JADI KESIMPULANNYA, MALAYSIA SKRG DI PIMPIN OLEH ROSMAH MANSUR, NAJIB HANYALAH YES MAN, MANAKALA BERIKUTAN HARGA BARANG YG SENTIASA NAIK, RAKYAT SGT MELUAT MENYAMPAH MENYUMPAH SERANAH MAKA...

BOLEHLAH DITUKAR SLOGAN, 1MALAYSIA...

RAKYAT DI DAHULUKENAKAN (RAKYAT DIDAHULUKAN?)
(BARANG NAIK, SAMAN EKOR, MEDIA MCM BERADA DI NEGARA SOSIALIS/KOMUNIS, KERAJAAN SAHAJA YG BETUL, RAKYAT TAK BOLEH BERSUARA,...BANYAK SGT KALAU NK CERITA....

PENCACAI DI UTAMAKAN...(PENCAPAIAN DI UTAMAKAN?)
(KRONI SUKU SAKAT YG BERAPA KERAT TU SAHAJA YG UNTUNG GILA2, DAN KALAU PROJEK RUGI, RAKYATLAH YG KENA BAYAR-TARIK SUBSIDI-, MAK CIK FELDA DGN PAK CIK FELDA MANA TAHU SEMUA NI, MEREKA SENTIASA DI SUAP,BYK SGT KES, DH 50 TAHUN MAKAN DUIT RAKYAT + ROYALTI DAH JADI EHSAN...