25 Julai 2010

Harussani terus berselindung ? dialah yang kena umumkan siapa pemimpin PAS yang jumpa dia?

12 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.
KENYATAAN MEDIA, 24 July 2010.

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”. Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikapnya baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya berkerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.

KENYATAAN MEDIA, 24 JULY 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitulah caranya seorang mufti yang menerima upahan UMNO BEE END. sentiasa memandang baik walau pun terang-terang melawan hukum Tuhan.
Mungkin juga tuan mufti sayangkan mercedes sekupang dua kupangnya dan banyak lagi lava yang beliau nikmati selama ini, rasanya dunia juga yang dicari oleh tuan mufti ini.
bagi saya cina, melayu,india,iban,kadazan semuanya sama saja tiada bezanya, hanya iman dan takwa saja yang membezakan antara kita.
Aap gunanya kita menjalinkan perpaduan dengan melayu yang terang-melawan hukum Tuhan,lebig baik kita jalinkan hubungan dengan Cina dan India yang beriman dan takwa kepada ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Assalaamu 'alaikum wa rahmatullaahi WBTH, Saudara saya YB. Drs. Khalil Idham Lim.. Saya ingin tumpang rasa teruja dan bangga dengan hujjah YB seperti diatas berkaitan kemelut/isu Perpaduan yang dijerit-pekik oleh puak-puak Umno...saya bangga ingin berkata sambil berjabat tangan dengan YB, Syabas! dan Tahniah!..

Tanpa Nama berkata...

ya betul....
bukannya penyatuan melayu yang kita nak kan sangat.
yang penting.,ISLAM bersatu dan teguh!!!!tak ke mana pun,perjuangan bangsa ni...
SATU ISLAM
SATU UMMAT MUHAMMAD SAW

Tanpa Nama berkata...

kenyataan dato hasan ali pertemuan itu atas bincang hal ehawal agama , yang perniagaan ni sapa pulak , apapun macam raja petra dan lain2 dok cakap - bukan bohong tapi cakap separuh atau pusing sikit fakta , kerana rakyat msia suka persepsi, hidup atas persepsi , lebih suka mentafsir dari mengutip fakta lengkap terlebih dahulu ... tu yang kita tak pernah maju ... yang terbaru ketua orang asli dewi malam kata orang banjar jawa mandailing rompak istilah melayu dari mereka dan perkasa rompak istilah pribumi dari mereka - apa kita nak cakap???

SETIAP TINDAKAN HARUSSANI HANYA MENGUNTUNGKAN UMNO berkata...

SALAM,
SETAHU AKU KALU NK JADI ORANG TENGAH,(ATAU BERI CADANGAN UTK MENYATUKAN 2 PIHAK YG BERTELINGKAH)DIA MESTILAH SEORANG YANG DI KETAHUI ADIL, TIDAK CENDERUNG BERPIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK, SERTA DI TERIMA DGN RELA HATI OLEH KEDUA2 PIHAK YG INGIN DI DAMAIKAN/DI SATUKAN. TETAPI HARUSSANI DI TERIMA OLEH UMNO SHJ DAN DLM MASA YG SAMA DI TOLAK OLEH AHLI2 DAN PEMIMPIN2 PAS...MAKA SEGALA CADANGAN DAN ULASAN, KOMEN SEPATUTNYA TIDAK KELUAR DARI MULUTNYA... JIKA DIA SEORANG YG BETOL2 IKHLAS HATI DAN BIJAKSANA. INI KERANA APABILA DIA DITOLAK OLEH SEBELAH PIHAK (PAS), MAKA APA YG DI NYATAKANNYA AKAN DILIHAT/DITAFSIR MEMIHAK DAN MENGUNTUNGKAN SEBELAH PIHAK SHJ IAITU UMNO

SEPATUTNYA CADANGANNYA ITU AKAN DI FIKIRKANNYA MASAK2 DAHULU, SUPAYA MEMBAWA KPD NATIJAH YG BAIK, DAN SEPATUTNYA DIA MEMINTA ORG LAIN YG BETOL2 BERKECUALI INTUK MEMBAWA PERKARA INI, CONTOHNYA SEPERTI MASA ZAMAN USTAZ FADHIL NOOR DAHULU DGN DR MAHATHIR, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BERTANGGUNGJAWAB MENEMUKAN PRESIDEN PAS DGN PRESIDEN UMNO...ISU PALESTIN.

HARUSSANI DILIHAT PRO KEPADA UMNO DAN TINDAKANNYA DILIHAT/DITAFSIRKAN SEPERTI ADA UDANG DI SEBALIK BATU...

AMBILLAH IKTIBAR PERISTIWA PELETAKAN HAJARUL ASWAD OLEH NABI YG BIJAKSANA... HARUSSANI TIDAK SEBIJAKSANA NABI...

EZAM : UMNO/BN SUDAH RASUAH SEJAK MERDEKA berkata...

Ezam: Wujud rasuah dalam BN

Seorang lagi penceramah, Ezam Mohd Nor dalam ucapannya selepas itu bagaimanapun tidak menafikan wujudnya rasuah dalam pentadbiran BN.

bukit selambau by election 060409 ezam"Saya tidak kata semua pemimpin BN tidak rasuah... Tapi tidak semua. Kalau ada rasuah pun, setidak-tidaknya BN sudah memerintah lebih 50 tahun.

SENATAK EZAM KOTAK MENGAKU YANG BN/UMNO SUDAH RASUAH SELAMA 50 TAHUN...

http://www.malaysiakini.com/news/138210

pelik berkata...

salam,
pelik,apa yg mengelirukan anda?adakah dgn berjuang bersama PAS bermakna anda beroleh lesen utk mempertikaikan dan memperlecehkan usaha mufti perak ini?muhasabahla diri,assobiyah?jgn sesuka hati memberi gelaran dan menuduh sebarangan kpd parti yg tidak sealiran semata2 utk kepentingan politik,bila sebut melayu maka saya tahu anda pun tahu bahawa hampir 100% melayu tu islam,jadi jgn diputar belitkan.Apakata jika saya kata anda assobiyah kerana blog anda sendiri "CINA ISLAM",kenapa tidak "ISLAM" sahaja..wassalam

Tanpa Nama berkata...

mufti dah nak jadi politician.. ni la jadi nya.. usah di layan YB.. byk keja lain kena buat.. PRU dah dekat..

Tun Faisal Ismail bin Aziz berkata...

hanya berani lawan mufti, dgn DAP takut :)

Tanpa Nama berkata...

barulah kita tahu ruparupanya mengapa harusani beriria sangat memperthankan umnosnya sebab dapat melawat keluar neraga selalu berbanding dg. mfti mufti lain. teruskan agenda anda akan terserlah jawapan demi jawapan dikepala otak hang yang sebenar demi dunia apapun boleh jual.

keyman berkata...

Tak payahlah layan cakap2 tok petti tu...Jadi satu kerja pulak kita nak pikir apa yang dia cakap tu...

Tanpa Nama berkata...

tun faisal; hang nie tak bersekolah kar?

Tanpa Nama berkata...

biaq pun mufti..kalau kebesaran dunia dah bersarang dalam hati..nilah padahnya..
sepatutnya dia lah yang menjadi contoh dan tauladan yang baik..sebaliknya dia yang mengajar orang supaya menipu...wallahualam

Tanpa Nama berkata...

patut ler Al Quds sampai sekarang masih tak dapat dibebaskan...masih ramai golongan ulamak yg perjuangkan assobiah...