12 Syaaban 1431H.
Ahmad Baei Jaafar
Sejak 2008, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan Ali dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor. Yang terbaru beliau dituduh bertemu dengan Mufti Perak dalam isu kerjasama antara UMNO-Pas.
Siapa yang membuat tuduhan itu? Orang Pas atau media? Kenapa dibuat tuduhan sebegitu? Kenapa tidak bertanya dahulu orang yang terlibat. Kalau betul beliau berjumpa, tanya dulu isu apa yang dibincangkan. Kalau betul pun dia berjumpa kerana isu itu, kenapa hendak marahkan beliau? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional dalam menangani isu ini.
Sebagai perjuang kebenaran dan keadilan mereka harus pandai menggunakan strategi yang berkesan, jangan sampai musuh tahu strategi itu. Oleh sebab itu setiap yang berlaku jangan bertindak secara membabi buta atau tergesa-gesa. Jangan gelabah dalam menyelidik punca dan tindakan. Ketika itu barulah terhasil kejayaan yang cemerlang.
Sebagai orang politik, mereka harus tahu sepak terajang musuh mereka. Maka apa yang dikatakan itu bukan itu yang dimaksudkan, tetapi sebaliknya atau kesannya. Kalau kita buat tafsiran lain, yang akan rosak ialah mereka yang kelam-kabutlah.
Sebenarnya isu pertemuan dan perpaduan itu bukanlah besar sangat, tetapi sengaja dibesar oleh pihak tertentu bagi menggoncangkan fikiran ahli-ahli yang tidak faham. Jadi, sebaiknya diamlah daripada menjawab dalam media, sebaliknya membuat penjelasan kepada ahli yang masih tidak faham.
Kalau ahli PAS faham mesej Presiden parti, “Pas dan Umno tidak mungkin bekerjasama” tidak perlu fikir panjang lagi kerana kerjasama parti tidak boleh berlaku. Tetapi ahli kena ingai bahawa presiden juga ada berkata yang perbincangan dari masa ke masa dalam isu umat Islam masih boleh diteruskan. Mesej ini juga jelas.
Daripada mesej itu dapat difahami bahawa pertemuan bukan atas nama parti tidak masalah. Jadi, pertemuan atas nama kerajaan pusat dan negeri tidak masalah. Pertemuan membincang isu rakyat dan kemiskinan tidak boleh dihalan. Apatah lagi berbincang pasal kenduri kendara dan sebagainya, tentu tidak masalah.
Berdasarkan itu kalau pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno untuk bincang soal perpaduan ummah apa salahnya, bukankah itu ajaran Islam. Dan ini tentu tidak bercanggah dengan mesej presiden. Tapi kalau pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno untuk berbincang soal kerjasama antara Pas dan Umno, awal-awal bismillah lagu sudah salah bahkan bercanggah dengan mesej presiden. Kedua-dua isu ini adalah berbeza.
Saya berharap perjuang-pejuang Islam boleh faham apa yang hendak saya sampaikan. Dan sekali lagi ditegaskan seperti yang pernah disebut sebelum ini (dalam blog ini), perpaduan Melayu tidak mungkin akan terjadi pada saat ini selagi orang yang hendak berbincang itu berdiri atas tiket parti masing-masing. Jika mereka mahu, bukalah baju Pas dan Umno dan buang asabiah parti, barulah boleh berbincang. Kalau tidak, tentu akan berlaku salah faham dan pemikian yang berat sebelah.
Catatan : Tulisan diatas bukan semestinya pandangan kami dan kami tidak bertanggungjawab keatasnya.

6 ulasan:
hasan ali jangan takut jika kena tegur, jika tidak anda bukan istiqomah!
semoga pejuang-pejuang tidak mudah mengaku kalah,bila serang ...
pada gua kalau betul ada pemimpin pas yang sanggup pi jumpa dengan mufti upahan UMNO tu, maknanya orang tu pengkhianat le, tak kira le dia apa jawatan pun dalam parti, memang dia sial le
YANG HASAN ALI TERASA KENAPA? AIK SUDAH MAKAN CULI KE?
Saya setuju pandan sdr. Sepatutnya kita jgn cepat melatah jika tidak tahu hujung pangkalnya. Tuduhan melulu harus diketepikan jika kita PEMIMPIN yang berjiwa besar dan matang. Jangan cepat melatah. Musuh memang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengharu birukan kita. Saya tabit dgn keterbukaan YB Hassan Ali. Beliau berpegang teguh dgn saranan TGHH dan THNA. Kalau TGNA boleh jumpa TPM, takkan YB Dato' Hassan tak boleh jumpa mufti. Mufti bukan orang politik tapi cakap soal/baju politik. Kalau kita terlalu asobiyyah, TGNA tak boleh jumpa TPM. Jadi...YB Khalid... slow down sikit nada tu. Jaga imej kita/ahli2 bawahan yg tak berapa celit atau yang betul2 celik. Semuanya boleh jadi keliru. Musuh sentiasa menganga kealpaan kita. Harap2 semua ahli kita...muhasabah diri.
Dato'Hasan Ali diharap bersabar. Kalau Dato' seorang motivator pastinya ada pelbagai kaedah mengatasi kemelut bodoh ahli parti. Suasana ini bagai pepatah mengatakan "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai".
Diharap pemimpin dan ahli PAS bersabar jangan mudah melatah kerana sebagai pemimpin seharusnya berani berbicara dengan siapa sahaja. Tunku Abdul RAhman PM pertama berjumpa Chen Ping; apakah Tunku dan rombongan kerja jadi kominis?..
Kalau yapun apa salah Hasan jumpa Mufti Harusani yang juga orang Islam. Beliau mungkin jumpa sebagai pemimpin kerajaan; apakah salah pendekatan itu. Mungkin dia nak suruh Harusani "slow' sikit serang PAS selama ini macam tu lah. Kalau pemimpin tidak berani berdepan dengan Harusani dayuslah pemimpin tu dia tu bukan ada senjata dan bukan ahli sihir juga. Walaupun pahit tapi mungkin ada penawarnya.
Kalaupun ada sentuhan mengenai parti; Hasan tak mungkin dapat memengusai polisi parti keseluruhan kerana setiap keputusan besar PAS disaring oleh Dewan Ulamak, Majlis Sura diketuai Mushidul Am dan Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden.
Kelam kabut suara sumbang mungkin diriauhkan oleh musuh dalam selimut PAS yang tidak mahu pemimpin sentiasa bersatu walau ada sedikit perbezaan pendapat. Jangan jadi macam ahli UMNO kalau masjid yang dimakmurkan oleh ahli PAS pasti dia tak berani jejak takut takut kawan nampak dan dituduh dah masuk PAS jadi putus rezki dunia.
Kepada pemimpin dan ahli diingatkan jangan jumudkan akal dan bodohkan diri sehingga musuh mudah meresapi. Kalau nak kuasa kuatkan diplomasi mudahkan hubungan mesra dan jangan melatah dan buruk sangka....!
Catat Ulasan