28 Julai 2010

Kenyataan berbelit, Ahmad Maslan sudah pening dan demam panas !

15 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berkata Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya lagi Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan. Satu kenyataan yang saya anggap menjaga tepi kain orang dan tidak berasas dalam keadaan masalah dalaman UMNO yang kronik , dia nampanya gatal mulut pula nak kacau rumah orang.

Ahmad Maslan yang penakut untuk berdebat dengan Mazlan Aliman dalam Isu Felda itu juga tanpa asas yang kukuh dan dengan andaian "kepala otak" dia semata-mata berkata "Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja," katanya seperti disiarkan Bernama kelmarin.

Sungguh macam orang pening kepala bila dia juga berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti. Macamlah dia sangat tahu bagaimana perjalanan parti PAS dan orang PAS boleh di perbodohkan olehnya.

Nasihat saya untuk Ahmad Maslan, perbetulkan UMNO dahulu sebelum bercakap mengenai PAS apa lagi angan-angan untuk berpadu dengan PAS.Ditegaskan sekali lagi selagi dasar UMNO adalah perjuangan sempit assobiyah Melayu selagi itulah tidak ada titik temu antara PAS dan UMNO.

PAS yang memperjuangkan Islam jelas dengan prinsipnya sejak ditubuhkan sehingga sekarang.

UMNO kalau hendak dikatakan berjuang untuk Islam dialah yang telah menghancurkan Islam dinegara ini. Pemimipin UMNO dalam senarai panjang telah berulang kali menghina Islam. Kemana Sekolah Agama Rakyat ?, Kemana tulisan jawi ? kalau bukan kerana jasa UMNO.

Demikianlah jika ingin bercakap UMNO memperjuangkan Melayu, lihatlah Melayu yang merempat dinegaranya sendiri. Melayu yang berjaya adalah pemimpin UMNO yang terus menerus menghisap darah rakyat bersama kerabat dan kroninya.

Demikianlah Ahmad Maslan yang sudah habis modal dan termasuk dalam spesisi "demam panas" bila terus meracau tentang perpaduan sedangkan perkara tersebut sudah ditolak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn layan pemimpin umno ni..cakap mcm tin kosong

Tanpa Nama berkata...

saya skong tampa nama

KELENTONG UMNO DAH TAK MENJADI...KESIAN berkata...

BYK KALI DAH AHMAD MASLAN KETUA PENERANGAN UMNO NI TIPU ORG RAMAI/RAKYAT...CONTOH CALON PEGUAM UMNO DI PULAU PINANG DULU, DIKATAKANNYA RAKAN KONGSI PEGUAM UMNO YG PENIPU, WALHAL PEGUAM TU MMG BERMASALAH... JGN PERCAYA LAGI DGN KETUA MENERAN UMNO NI, DIA TERKINCIT DLM SELUAR...BAU TAHI BUSUK, TAK MENGAKU, TAPI TUDING JARI KT PAS...

budak pencen berkata...

Weee lok,orang tak nak kawan,masih terhegeh2 nak berbaik jugak.Demo jaga Mic,mca dan kawan2
demo je lah,PAS dah ada kawan,kawan yg tak tendang kawan masa demo senang.