22 Julai 2010

Lubang jalan yang tidak diperbaiki

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Siti Aishah

Penutup lubang jalan di Jalan Siputeh, Pusing telah mengalami kerosakan pada satu jangkamasa yang lama. Pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan oleh penduduk setempat untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Lubang yang terbentuk di sekeliling penutup jalan tersebut mengundang pelbagai bahaya terutamanya kepada penunggang motosikal dan ianya ternyata merbahaya pada hari hujan kerana air akan memenuhi lubang tersebut sekaligus akan menambahkan bahaya kerana ia akan kelihatan seperti satu tidak ada apa-apa kerosakan di situ.

YB V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut dengan bekas ahli majlis PR Encik Vijakumar dan Encik Chan Chin Fa; pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggara jalanraya tersebut mestilah mengambil inisiatif untuk memperbaiki kerosakan tersebut dengan pantas.

Walaupun ianya nampak seperti satu kerosakan yang kecil namun padah kemalangan yang berpunca daripadanya adalah sangat besar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Tajuk: 7/21/2010 3:48 PM Aduan mengenai Penutup lubang jalan di Jalan Siputeh, Pusing 31550 Perak

Dengan hormatanya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih kerana keperihatinan tuan memajukan aduan tersebut kepada pihak kami.

Untuk makluman tuan, Pihak kami telah panjangkan aduan tuan kepada pihak JKR Daerah Kinta dan pihak Bahagian Korporat JKR Perak untuk siasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jika lokasi aduan bukan dibawah bidangkuasa JKR, pihak JKR Daerah akan dimajukan aduan tuan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,


Bhogaraaja
Juruteknik Awam Kanan
Urusetia Aduan (Emel) Tel: 03-2696 7664






b/p. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 8254 / 7609 / 7664 / 8252 / 7656

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini dalam proses siasatan terhadap aduan tersebut.

Sekian, terima kasih.

From:
Jurutera Daerah Kinta

>>> Aduan JKR 07/21/10 4:14 PM >>>

Tanpa Nama berkata...

dengar khabar nya JKR telah menurap lubang2 sepanjang jln tersebut 2 hari yg lepas. tks