10 Julai 2010

Pengurusan Harakah sedang kendali isu permit

26 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya.

Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika mengulas laporan media hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmud Adam dalam kenyataannya hari ini berkata KDN telah memberi surat tunjuk sebab kepada Harakah.Harakah pula diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat itu.

Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkta, pihaknya baru menerima surat itu hari ini.

Pada 5 Julai lepas, Taufek telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya yang diketuai Timbalan KSU kementerian itu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: