31 Julai 2010

TAHNIAH AKHBAR SINAR HARIAN, TERUSKAN USAHA

18 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat akhbar Sinar Harian di bawah Karangkraf Sdn Bhd yang telah menerima kunjungan Ketua Pembangkang DS Anwar ke syarikat operasinya. Sebelum ini, syarikat tersebut telah menerima kunjungan Najib.

Bezanya, lawatan DS Anwar ke akhbar Sinar disambut dengan mesra dengan wajah ceria kakitangan syarikat tersebut.

Sebenarnya boleh dikatakan majoriti wartawan simpati dengan nasib DS Anwar dan juga parti pembangkang. Mereka tahu betapa ketidak adilan telah berlaku terhadap DS Anwar dan juga parti pembangkang, tetapi apakan daya.

Meskipun masih terdapat kawalan dari pemerintah, setakat ini akhbar tersebut boleh dikatakan berlaku sedikit adil kepada Pembangkang. Justeru itu, tidak hairanlah jika akhbar berkenaan kini amat laris di pasaran.

Bukan sahaja harganya agak murah iaitu RM 1 sahaja, tetapi kandungan dan beritanya jauh lebih adil dari Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Diharapkan akhbar ini masih mampu bertahan. Kita sebagai pendokong PR harus memberikan sokongan kepada akhbar ini dan memboikot akhbar-akhbar pengampu dan pencacai yang lain.

Semoga akhbar Sinar Harian tidak tersalah langkah atau melatah dengan pimpinan Umno yang sentiasa mahukan media yang boleh dijadikan `lembu' oleh mereka.

2 ulasan:

KEBENARAN 'DIPERKOSA', RAKYAT DI LAYAN MCM 'ANAK HARAM' berkata...

AKHBAR SINAR UMPAMA BUDAK KECIK YG BERKATA BENAR SETELAH MELIHAT RAJA TIDAK BERPAKAIAN/BOGEL, SEDANGKAN PENGAMPU/PEMBODEK/PENCACAI DLM UMNO SEUMPAMA UTUSAN MEROYAN, DAN BERITA HARUAN YG SENTIASA MENGIPAS RAJA DAN MEMFITNAH PEMBANGKANG...

DALAM BERITA HARUAN, LEBIH2 LAGI UTUSAN MEROYAN, SEMUA TINDAKAN BE END, UMNONGOK, PERKASA, BANGKIT MELAYU ADALAH BENAR DAN BETOL 100%...BE END, UMNO BAIK, MENGIKUT ISLAM, AL-AMIN-TAK PERNAH BERBOHONG, MEMBELA NASIB ORG2 MELAYU DI MANA2 SAJA, MEMBELA RAJA2 MELAYU, MEMBELA PASIR, RUMAH2 TERBENGKALAI, ORG2 MISKIN TIDUR BAWAH RUMAH, JUDI BOLA OPSS SILAP, JUDI HALAL, PENDEK KATA, UMNO DAN BE END NI MAKSUM LAH, TAK PERNAH BUAT DOSA BESAR DAN KECIL..

MANAKALA BERITA TENTANG PEMBANGKANG DI GAMBARKAN PEMBANGKANG, 100% PENJAHAT,TIDAK BOLEH DI PERCAYAI, PEMECAH BELAH MASYARAKAT, PEMFITNAH, PENDEK KATA, PAKATAN RAKYAT NI 100% TAK BOLEH DI PAKAI...BUAT DOSA BESAR DAN KECIL, TERMASUK LIWAT KALI PERTAMA...EH TAKDER BUKTI WALAUPUN TARIKH KEJADIAN DI TUKAR SEBAB MASA BERLAKU TU, BANGUNAN TAK SIAP LAGI WAKAKAKA LAWAK BETOL TULIS SKRIP, OPS SILAP... LIWAT KALI KE-2, NMPAK CAM JADI LAWAK CAM YG PERTAMA JUGAK, NAK JADIKAN JUGAK DSAI NI NAMPAK JAHAT, SEMUA AGEN ADA KAT ANWAR, AGEN YAHUDI, ZIONIS, ASING (ALIEN! DARI PLANET MARIKH KOT), DAN TERBARU AGEN MIC, OPS SILAP CIA...

KALAULAH ANWAR AGEN CIA, KENAPA BARU SEKARANG, SEPATUTNYA POLIS DAH DAPAT HIDU DR AWAL LAGI... PATUTNYA MASA ANWAR JADI PRESIDEN ABIM DULU LAGI...

POLITIK KOTOR UMNO NI BUKAN NAK MEMBELA RAKYAT TAPI NAK BERKUASA SAMPAI KIAMAT, WALHAL KUASA UMNO NI EHSAN DARI PENJAJAH BRITISH ANGLO-SAXONY YG MENJAJAH DUNIA...DAN MEMBERI KELEBIHAN KPD KAPITALIS MCA DAN MIC BERSAMA2 UMNO...WIN-WIN SITUATION, 1 UNTUK AKU, 1 UNTUK KAU...

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Pekan
Kawasan Tok Najib
Sinar Harian
Cuma seringgit