4 Ramadhan 1431H.
Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia tidak boleh persalahkan.
Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Sepanjang tahanan itu, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing -- dan kini dia terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.
Bagaimanapun, Abdul Malek tetap tabah apabila pada Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan mengenepikan permohonannya untuk mendapatkan gantirugi sebanyak RM2.5 juta yang dianugerahkannya oleh Mahkamah Tinggi pada 2007 kerana bersetuju dengan penghujahannya bahawa penahanannya itu adalah salah.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, selain menolak gantirugi itu, Abdul Malek juga diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden.
Sebelum ini, rayuannya kepada Mahkamah Rayuan pada Mac lalu juga ditolak dan dia diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos litigasi.
Dalam menghadapi keputusan yang memungkinkannya jatuh bankrap, tanpa ruang pengadilan lanjut di mahkamah, kini Abdul Malek mungkin terpaksa meraih sumbangan orang ramai.
Abdul Malek yang bertugas sebagai pegawai penyelaras hal ehwal parlimen kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak suka idea 'menagih simpati' seperti itu, termasuk usaha mendapatkan bantuan daripada NGO.
Namun, pada masa yang sama beliau juga tidak ingin melihat dirinya diisytiharkan bankrap kerana keadaan itu akan memaksanya kehilangan banyak peluang dan tanggungjawab dalam tugasnya.
Katanya, beliau akan berhubung dengan NGO hak asasi manusia Suaram dan mengadakan pertemuan dengan NGO tersebut pada Isnin ini untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Mahkamah Persekutuan Khamis lalu menolak permohonan rayuan Abdul Malek yang hilang gantirugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.
Mal ah, Abdul Malek juga diperintahkan membayar RM20,000 kepada setiap responden dalam kes tersebut -- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kepada kerajaan.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai 'kejam'.
"Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu.
"Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya.
"Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah.
"(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.
Malaysiakini/-

7 ulasan:
Salam Ramadan Untuk Semua, Saya Rasa Undand Undang Di malaysia Dah Tak Boleh Di Guna Pakai Untuk Orang Pakatan Rakyat, Undang Undang Di Malaysia Hanya Boleh Di Gunakan Untuk Orang UMNO.
begitulah nasib rakyat, bilamana undang-undang rimba dan syaitan jadi amalan. YB setiap umat Islam yang cintakan keadilan kita perlu membantu sdra Abd Malek Hussin.
Saya cadangkan dibulan ramadhan ini setiap ahli PAS atau PR menyumbang RM1.00 seorang, harap YB dapat tubuhkan tabung berkenaan.
AL KEDAHI-pelik bin ajaib.. kenapa semua keputusan mahkamah persekutuan memihak kepada orang salah..
Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan
Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor dpt gaji, elaun berjumlah hampir RM2
juta setahun drpd Felda & anak2 syarikat Felda ???
Berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' Kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan
berkanun termasuk FELDA tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat....sila baca.
http://www.malaysiakini.com/news/140099
SEBAB ITU, FDI JATUH MENJUNAM SEBANYAK 81% KERANA PELABUR TIDAK YAKIN DGN SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA...
MAHAATHIR YG BIJAK ITUPON MENGELUARKAN KENYATAAN YG AMAT MEMBODOHKAN RAKYAT...ADA KE PELABUR TAK ADA DUIT!!! KENAPA NEGARA JIRAN DPT FDI LEBIH TINGGI DR KITA??? FDI KITA SETARA DGN MAYNMAR...MAKNANYA PELABU2 MENGANGGAP NEGARA KITA SISTEM DEMOKRASI, SIATEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SUDAH SETARAF DGN MYANMAR/BURMA...
SAYA RESPEK PD TENGKU RAZALEIGH YG BERCAKAP BENAR TTG FDI, SHAME ON YOU DR MAHATHIR, MUSTAFA MUHAMMAD, AWANG ADEK, MUHYIDDIN MAT SEMBAB DAN YG PALING MENYEDIHKAN UTK PM ROSMAH DAN TPM NAJIB...
aku setuju dgn suara rakyat kunak, itu lah dia undang2 di malaysia ni, jgn haraplah akan berlaku keadilan untuk rakyat selagi umeen beend menerajui negara...ahli pakatan rakyat ramai kita kena bantu rm 1 sorang pun dah cukup.. kesian abdul malik..tahanan zaman Nabi saw mendpt layanan mesra sehingga yg kena tahan memeluk islam..sbb Nabi saw pun takut pada hukum Allah kalau dia menyeksa tahanan krn akan menjawab dgn Allah di akhirat..tp d m'sia mrk ingt mrk akan terlepas dari di tanya oleh Allah di akhirat kelak...biar kita miskin di dunia tp jgn papa kedana di akhirat lg malu besar di buat nya...PRU 13 tak lama...fikir2kan lah
Mahkamah UNMO yang punya... Hakim2 Mahkamah dah terdesak sbb sayangkan jawatan & gaji. Bung Mohtar boleh telepas dr hukuman penjara sampai menanggis kesyukuran konon hadiah ramadhan. Cit Porah, time nak buat dosa tak ikut undang2... Itulah Islam HADHARI (Ada hari boleh pakai).
Taniah kepada penjawat2 awam, kezaliman anda pasti akan dibalas oleh Allah s.w.t. berkat doa org yang teraniaya.
Catat Ulasan