Oleh: WFAUZDIN NS
MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.
Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung'. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang' pemimpin negara ini amat menghairankan.
Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau.
DS Anwar pun tahu, negara luar tidak boleh mempengaruhi undang-undang di dalam negara ini walau sekuno mana sekalipun undang-undang di negara kita ini. Samada DS Anwar bersalah atau tidak nanti, yang paling penting adakah rakyat di dalam dan di luar negara percaya atau tidak dengan sistem kehakiman dan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Di dalam kes Altantuya, dunia luar sendiri pun tertanya-tanya apa motif pembunuhan wanita Mongolia itu. Mereka juga pening bagaimana rekod kemasukan Altantuya boleh hilang secara `tiba-tiba'. Salahkah mereka meraguinya? Kita tidak boleh memperbodohkan dunia luar semata-mata kita sudah menjadi bodoh.
Justeru itu, Muhyiddin harus melihat kembali mengapa dunia luar sekarang semakin memandang serong ke atas sistem kehakiman di negara kita. Jika dikatakan DS Anwar adalah kesayangan Amerika, apakah DS Anwar juga kesayangan Ulamak terkemuka As Syeikh Yusoff
Qardhawi yang turut membantah fitnah ke atas DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:
SALAM,
UMNONGOK DAN MUHYIDDIN SEMBAB TAKUT AMERIKA AKAN MELABEL NEGARA INI SETARAF DGN MYANMAR/BURMA YG MENYIKSA DAN MEMENJARAKAN KETUA PEMBANGKANG, AUNG SAN SUU KYI..
MALAYSIA SEBENARNYA MENIRU KAEDAH YG DI GUNAKAN OLEH NEGARA BURMA/MYANMAR INI KE ATAS PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN MELABEL PEMIMPIN AUNG SAN SOO KYI SEBAGAI ALAT/AGEN ASING, DAN TIDAK MENGIKTIRAF KEMENANGAN PARTI AUNG SAN SUU KYI INI DLM PILIHANRAYA UMUM...SAMALAH DIBUAT KE ATAS DSAI ANWAR IBRAHIM...
MULA2 MUNGKIN RAKYAT PERCAYA, TAPI LAMA KELAMAAN, YG BENAR AKAN TETAP MENANG, MANAKALA YG BOHONG PASTI AKAN DI KETAHUI JUGA...
REJIM2 TAMAK KUASA INI SERINGKALI MEMBOHONGI RAKYAT ATAS PELBAGAI ALASAN/LABEL BOHONG BAGI MENGHALALKAN APA SAHAJA TINDAKAN YG DIKENAKAN KEATAS ORG2 YG INGIN MEMBELA RAKYAT/GOLONGAN DI ZALIMI...
RAKYAT PON SUDAH MELUAT, DAN BENCI DGN PIHAK2 PENIPU YG SANGGUP BERBOHONG KPD RAKYAT DLM MASA YG SAMA MEROMPAK/MENYAMUN HARTA NEGARA...
Hello, it seem your site has bee hacked
kalau tak setaraf pun setara lah antara Malaysia n Burma,,,,,,,,,,,,
ada peluang pula malaysia kena sekatan ekonomi,jika berlaku lebih ramai pelabur keluar dari negara ini.
Alahai Mahyudin..bagaimana hitamnya tompok dimuka kamu..begitulah hitamnya hati sanubari kamu.
Kamu takut pada Anuar Ibrahim, tetapi tidak takut pada ALLAH s.w.t.
Ingat Mahyudin..apa yang telah terjadi pada Dr Rastina dengan Mokhtar Abdullah.
Betapa hinanya sewaktu mereka menemui ajal..
Masih lagi kamu nak bersekongkol dengan fitnah keatas Anwar??
"Islam didahulukan, Rakyat diutamakan"
Tan Sri Muhyiddin,saya sarankan TS tak usahlah
buka mulut pasal DS Anwar.Tiap kali berkisah pasal DS Anwar,Tan Sri nampak tidak cerdik.Tan Sri bakal PM,nanti rakyat kata baik kekal DS Najib daripada Tan Sri kerana bercakap lebih
cerdik.Hal2 DS Anwar ni serah pada Ezamlah sbb
DS Najib dah lantik dia utk kendali hal ini,kesian pula Ezam,takut habis modal.
Catat Ulasan