24 September 2010

Mati kerana mercun: Bapa dipenjara 12 bulan

14 Syawal 1431 H
Oleh: Warta Rakyat

KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap bapa Khairul Arif Ayub 6 tahun yang maut akibat letupan mercun baru-baru ini, selepas mengaku bersalah diatas tuduhan memiliki mercun dan bunga api.

Tertuduh, Ayub Abdul Rahman, 29 tahun hadir ditemani isteri Kamariah Sufian, 25 tahun, dan keluarga terdekat dengan mengenakan baju kemeja T- berbelang coklat dengan rambut botak kelihatan tetang ketika keputusan dibaca oleh Hakim Mahkamah Majistret Puan Nor Azizah Yusof.

Tertuduh yang juga seorang buruh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang, 22 Ogos lalu dan dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan (Akta 207).

Selepas keputusan pertuduhan diputuskan, tertuduh turut merayu untuk menfailkan bebanan hukuman penjara yang dikenakan oleh mahkamah.

Sebelum ini pada 9 september lalu, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin selepas mengaku bersalah.

Kejadian letupan mercun tersebut menyebabkan Khairul Arif maut ditempat kejadian akibat sebahagian kepalanya berkecai selepas tercampak melambung dan melekat di atas dahan pokok sejuah 15 meter.

Kejadian yang berlaku ketika umat Islam menyambut Ramadhan turut mencederakan dua lagi lelaki iaitu Mohd Asrizan Muda, 22 dari Kampung seberang Baruh, Cabang Tiga dan Mazlan Abdullah, 30 tahun, dari Bukit Payong, Marang.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: