14 Syawal 1431 H
Oleh: Warta Rakyat
KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Operasi Samseng Jalanan di Kuala terengganu bertukar menjadi operasi serbuan mengejut ke atas sebuah rumah mewah sehingga kepada penemuan 4,000 biji pil kuda, tangkapan terbesar kes dadah di Terengganu.
Penangkapan kes ini dipercayai menjadi petunjuk kepada kenaikan mendadak kes penagihan dadah khasnya pil kuda di Terengganu kini yang menjadi tanda tanya kerana kegagalan polis menemui pengedarnya sebelum ini.
Ia juga menjadi petunjuk kepada peningkatan kes mat rempit yang berleluasa di Terengganu.
Ia bermula dengan tangkapan terhadap seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia (APMM) Cawangan Terengganu yang memiliki dadah dipercayai pil kuda, diikuti peniaga jus jambu.
Hasilnya Jabatan Trafik daerah Kuala Terengganu berjaya merampas sebanyak 4,000 biji pil kuda dengan jumlah rampasan sebanyak RM100,000. Ia melibatkan tangkapan ke atas empat lelaki dan seorang remaja perempuan awal pagi tadi ditiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Terengganu.
Operasi yang diketuai oleh ASP Kazahari Che Mat, Ketua Jabatan Ketenteraman Awan dan Trafik Daerah Kuala Terengganu berkata, ia bermula dengan tangkapan anggota APMM yang ditahan kerana memiliki 7 biji pil berwarna merah disyaki dadah jenis Metaphitamine (pil Kuda) bersama alatan untuk menagih di dalam poket seluar jeans dalam sekatan Polis di jalan Wakaf Beruas Jam 2.40 pagi tadi.
Ekoran itu, seorang peniaga jus jambu ditahan jam 3.40 pagi di rumahnya di Kampung Tok Hakim, Padang Midin yang dipercayai pembekal dadah kepada anggota APMM berkenaan yang mendakwa mula menagih sejak dua bulan lalu.
Hasil maklumat tangkapan ini, serbuan diteruskan ke atas sebuah rumah mewah di Taman Setia Durian Burung yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan terkenal di Kuala Terengganu.
Dalam serbuan jam 8.10 pagi itu, dua beradik ditahan secara berasingan di rumah berkenaan.
Pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan, Polis menjumpai dua bungkusan yang dipercayai dadah jenis pil kuda dengan 20 paket masing masing berisi 200 biji setiap paket didalam sebuah kotak kecil yang disorok di bawah katil tidur di dalam bilik itu.
Kelima-lima mereka ditahan reman selama 7 hari di Lokap IPD Kuala Terengganu untuk pertuduhan, di mana anggota APMM dan peniaga jus jambu ini ditahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua beradik ini pula dan teman wanita ditahan dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sabit kesalahan gantung sampai mati.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan