7 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim
Terlebih dulu saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia sempena dengan tarikh keramat 16September 1963 apabila Sabah dan Sawarak bergabung dengan Semenanjung malaysia pada tarikh itu.
Perlu diingatkan tarikh 16 September pada awalnya dicadangkan oleh DS. Anwar Ibrahim supaya dijadikan cuti umum , Semasa itu beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.
Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos.
Cadangan itu pada mulanya mendapat respon positif dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Pimpinan UMNNO dan BN pula antaranya Timbalan Menteri Sumber Manusia pada masa itu , Datuk Noraini Ahmad berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.
”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya.
Selain itu cadangan itu dituduh oleh pimpinan BN sebagai satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.
Alhamdulillah akhirnya Pengiktirafan Hari Malaysia dan sambutan peringkat kebangsaannya yang julung kali diadakan pada tahun ini, disifatkan oleh pimpinan BN adalah untuk memastikan sentimen positif bukan saja pada tarikh merdeka iaitu 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September, setiap tahun.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata mulai tahun ini, penonjolan ini sudah diberi dan sentimen ini harusdi kekalkan pada masa akan datang.
Hari ini buat pertama kalinya dijadikan hari Cuti Umum dari senarai panjang cuti umum yang telah sedia ada di Malaysia.
Namun yang paling menyedih ialah sambutan kali pertama Hari Malaysia ini disambut dalam keadaan jenayah dalam negara sedang memuncak dan berada ditahap yang membimbangkan.
Walaupun saya masih percaya dan yakin dengan kecekapan dan kemampuan pasukan keselamatan mengawal keselamatan negara , tetapi semuanya perlu ingat bahawa sesuatu yang diluar kotak fikiran yang waras telah banyak kali berlaku dinegara kita.
Bermula dengan kejamnya pembunuhan terhadap seorang wanita dari Monggolia, sehinggalah yang setaraf dengannya kes pembunuhan jutawan kosmetik beberapa hari sebelum tibanya hari malaysia dan dalam suasana Hari Raya Idul fitri yang disambut meriah.
Paling membimbangkan apabila senarai panjang kes berprofil tinggal berkaitan jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya semacam "dilindungi" oleh tangan-tangan penguasa yang sedang berada ditampuk pemerintahnnya sekarang.
Kerana itulah marilah kita jadikan Hari Malaysia pada hari ini adalah yang pertama dan kali terakhir ianya di sambut oleh kerajaan BN. Pada tahun hadapan harapan besar kita ialah hari malaysia untuk sekian kalinya disambut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berada ditampuk pemerintahan sebagaimana yang diharapkan.
Cukuplah Malaysia yang hancur dan musnah dibawah BN selama 53 tahun kemerdekaan dan sejak tahun 1963 tertubuhnya Malaysia, namun rakyat terus berada dalam kesudahan dan dijajah oleh UMNO dan BN yang menggantikan penjajah yang telah lama pergi.
Pakatan Rakyat pasti akan membawa sinar baru untuk Malaysia....

2 ulasan:
Company saya tokey ye tak declare Public Holiday pun hari ni. So semua staff kena kerja macam biasa. Mereka kata akta pekerja 1955 60d mention 10hari PH, mereka pilih hari2 yg penting saja mcm Hari YDPA, Merdeka, buruh, Maulidur rasul, Hari raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Tahun Baru. Tahun sebelum ni Raya Haji, Sultan Selangor Bday / Hari Wilayah pun kami kena kerja, Cakap banyak nanti kena buang kerja... kesian.
Najib takut sebab Anwar akan bagi holiday tu suatu ketika nanti jadi dia pun bagilah walaupun isu nak dah cukup lama sehinggakan orang sabah dan sarawak dah 'fed-up'. Yang nyata umno mana ada idea, yang ada dalam fikiran mereka macam mana nak ambil duit rakyat dengan beralaskan kepentingan negara. Sebenarnya negara depa punya rakyat jadi hamba mereka, melainkan kroni-kroni jahanam tu.
Catat Ulasan