13 Oktober 2010

PERKASA HANYA GIMIK DAN MODAL POLITIK UMNO UNTUK MENGGANGGU PENTADBIRAN DI NEGERI PAKATAN RAKYAT

04 Zulkaedah 1431 H
Oleh: mohd hafez

IPOH 11 September, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Mohd Hafez Sabri, dalam kenyataan medianya mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu.

Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.

Malahan PERKASA hanya dilihat vokal dan lantang di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.

Beliau menyatakan, kita serba maklum bahawa demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan oleh PERKASA adalah sekadar gimik politik yang dipimpin oleh ahli politik umno yang semakin dipinggirkan dalam arena politik negara.

Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.

Beliau juga mempersoalkan apakah relevennya kemujudan PERKASA ini, sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun sebelum ini.

Selain itu beliau juga menyatakan PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir.

Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri.

Beliau menyatakan lagi, pihaknya melihat jika PERKASA mahu membela nasib orang Melayu di Negara ini, terlebih dahulu

PERKASA perlu memberi desakan dan tuntutan kepada parti pemerintah negara ini yang mana jelas dan nyata selama ini gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Memetik ucapan beliau, “ Kami selaku Anak Muda Generasi baru melihat agenda politik yang membawa fahaman berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu sahaja.

Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang.”

“ Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.”

Beliau mempersoalkan apakah PERKASA adalah perkakas kepada UMNO, jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan adalah sama sahaja iaitu sentimen perkauman yang menebal dalam agenda perjuangannya.

“ Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

“ Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil?

Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa? “ soal beliau

Justeru, Generasi Anak Muda Institut Pemikir Muda Malaysia sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. .

Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat adalah berpunca dari kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini kerana gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.

2 ulasan:

PERKASA B'MULUT LUAS, B'SONGKOK TINGGI, MCM BADUT berkata...

Perkasa, satu nama yg baru muncul, persoalannya kenapa baru skrg muncul? Setelah Umno ditolak majoriti org2 melayu pd tsunami 2008...

Pemandulan suara2 akar umbi Melayu kemuncaknya berlaku sepanjang pemerintahan Mahathir yg dikelilingi pembodek2/penjilat2 yg mengampu utk mendapat habuan diri sendiri ATAS NAMA MELAYU.Zaman Mahathir adalah zaman dimana Mahathir dan pengampu2nya amat berkuasa bermaharajalela berbuat apa saja...Sehinggalah serangan ekonomi 1997/1998. Pak Lah menggantikan Mahathir dgn persepsi bahawa Pak Lah akan mengubah polisi Mahathir dgn keadaan yg lebih baik, demokratik, diterjemahkan oleh rakyat pd PRU-11 (2004) malangnya Pak Lah(sepjg 2004-2008)dikelilingi oleh pengampu2 Mahathir yg ingin kekalkan status-quo dan mensabotaj tindakan2 Pak Lah yg dianggap merugikan/ancaman kpd mereka walaupon hakikatnya memberi kebaikan kpd negara contohnya seperti pengisytiharan harta dikalangan pemimpin2 umno...

Rakyat faham perubahan baik yg ingin dilakukan oleh Pak Lah ini telah disabotaj oleh kepimpinan Umno sendiri yg masih TIDAK MAHU BERUBAH selain merasakan bahawa apa saja yg mereka lakukan, rakyat akan tetap memilih mereka dlm setiap PRU, pandangan mereka meleset iaitu pd PRU-12, rakyat telah memberi pukulan yg parah kpd Umno (tetapi Pak Lah yg terkorban) dgn memberi undi kpd PAS, PKR dan DAP. Penyatuan PAS-PKR-DAP ini membawa kpd suasana politik yg baru dan segar kpd negara dr sudut demokrasi.

Umno melihat pakatan pembangkang ini satu ancaman kpd survival parti2 perkauman Be End, maka sesuatu harus dilakukan. Maka timbullah idea penubuhan Perkasa yg fungsinya hanyalah meniup api perkauman (menakut-nakutkan)Melayu supaya org2 Melayu kembali menyokong Umno...
Tindakan2 Perkasa sebenarnya byk merugikan Be end berbanding Pakatan Rakyat. Segala yg dibuat Perkasa SERBA TAK MENJADI, malah menjadi RAJA LAWAK seperti pemberian BUKU PERLEMBAGAAN UTK DI BACA OLEH PEMIMPIN MCA/GERAKAN setelah amaran Perkasa tidak di endahkan...

Perkasa adalah Umno, Umno adalah Perkasa, semua org tahu walaupon umno cuba utk menafikannya dan menjauhkan diri dr Perkasa (sebagaimana parti2 Cina di Malaysia dgn Persatuan2 Cina, mereka ada kerjasama) Perkasa kononnya memperjuangkan hak-hak Melayu,hakikat yg sebenarnya mereka ingin mengekalkan kuasa korup Umno.

Tanpa Nama berkata...

PERKASA ITU ADALAH UMNO, UMNO ITU ADALAH PERKASA. PERANAN PERKASA ADALAH UNTUK MEMPERKOSA, OLEH ITU UMNO JUGA ADALAH YANG SANGAT SUKA MEMPERKOSA/MENCABUL PERLEMBAGAAN/PERATURAN. YANGMANA PERATURAN KATA TAK BOLEH TAPI BAGI UMNO BOLEH, SEBAB MEREKA BERKUASA (BAK KATA P RAMLEE DALAM FILEMNYA - MUSANG BERJANGGUT TENTANG GELAGAT MENTERI NIKAH KAWIN). RAKYAT MESTI HAPUSKAN KEANGKUHAN UMNO INI DENGAN MELENYAPKAN KUASA MEREKA DALAM PRU 13 NANTI. DENGAN DEMIKIAN PERKASA TERHAPUS, UMNO JUGA M****S.