13 Oktober 2010

Rampasan kuasa terpahat dalam ingatan rakyat Perak.

Oleh : Hafizi Pauzi

BENTA PAHANG,, 9 Okt.:- Situasi politik di negeri Perak telah membuka mata ramai pihak, khususnya rakyat negeri Perak, betapa BN terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan memerintah semula Kerajaan Perak, Kerajaan Kudeta Perak yang dibentuk melalui cara rampasan kuasa, telah terpahat didalam ingatan setiap rakyat Perak.

Demikian penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika memberi ceramah isu semasa di markas PKR PPSK Kg. Melayu Jerkoh Benta Pahang Darul Makmur, turut hadir member penerangan situasi politik Negara di dalam ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan beberapa pimpinan DAP Jerantut Pahang.

Menteri Besar Kerajaan Kudeta Perak, Dr. Zambry bin Abd. Kadir dilihat juga berbohong bila menyatakan bahawa BN memerintah Negeri Perak dengan mandat peralihan kuasa ,"ini adalah satu pembohongan besar dari Menteri Besar terhadap seluruh rakyat Negeri Perak khususnya, hakikatnya BN memerintah Negeri Perak dengan rampasan kuasa dengan membelakangkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang sedia ada." tegas nya.

“bila orang Cina tidak takut lagi pada PAS, bila orang India tidak takut lagi kepada Islam yang menjadi teras perjuang Parti Islam seMalaysia… BN menjadi takut dan gerun” Tegas beliau merujuk kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Perak akibat dari sokongan rakyat non muslim terhadap PAS meningkat.

Menurut beliau yang juga merupakan Ketua penerangan PAS Perak, “bila orang Cina tidak takut lagi pada PAS, bila orang India tidak takut lagi kepada Islam yang menjadi teras perjuang Parti Islam seMalaysia, bila pemimpin-pemimpin daripada BN, bekas-bekas tokoh BN sekarang berbondong-bondong keluar dari parti mereka, mereka masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat”.

Inilah yang sedang berlaku di Perak, gelombang sokongan rakyat telah beralih arah kepada Pakatan Rakyat, ini yang berjadi mimpi ngeri buat BN dan komponennya, sehingga sekarang mereka (BN) masih menyebut Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Pembangkang dengan hasrat bagi menglirukan rakyat.

Menurut Drs. Khalil lagi BN gerun dengan gelombang Pakatan Rakyat itu dan gelombang perubahan ini PRU 12 menjadi satu penanda aras kepada gelombang perubahan rakyat, pada 8 Mac 2008, Keputusan PRU12 telah menunjukkan BN telah hilang majorit 2/3 di Parlimen serta kehilangan kerajaan di 5 negeri .

Justeru, beliau menambah lagi, rakyat perlu berkorban tenaga,masa dan usaha bagi menyebarkan maklumat, kerja-kerja merayu serta memujuk rakyat agar memilih Pakatan Rakyat perlu digiatkan lagi bagi memastikan kemenangan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita basi ni lagi yang disajikan...siapa yang memulakan idea rampasan kuasa kalau bukan anwar...sampai kejar ke taiwan tapi tak laku...
cukup2 la rakyat perak dah jemu la tunggu je pilihanraya ke 13....jangan la jual lagi nama rakyat perak boring la...komform komen ni tak disiarkan

Tanpa Nama berkata...

silap tu ustaz....mana ada rampasan kuasa...ianya adalah penyerahan kuasa oleh adun PR yg lompat parti kerana bosan dgn YB nizar yg diktator....dari segi wakil adun...UMNO lah yg paling majority...so siapa yg kalah PAS atau UMNO...sapa yg kuat PAS atau UMNO....tak kan ustaz tak reti kira kot...

Tanpa Nama berkata...

Pertama, kenapa YB tak buat ceramah di parlimen Pekan? eloklah beritahu kepada pengundi di Pekan betapa huduhnya perangai pemimpin mereka dalam isu di Perak.

Kedua, Terima kasih kepada kumpulan perampas (naji, zahi,zambiri, anu zaini & kunco2), kerana tindakan anda membuatkan keyakinan pengundi bukan melayu terhadap PR bertambah, dan ramai kalangan intelek dan profesional memberi sokongan material/moral kepada kompenan PR.

Tanpa Nama berkata...

saya doakan YB diberi kekuatan oleh Allah swt