11 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WAN NORDIN WAN YAACOB
Mutakhir ini isu 'pengkhianatan' terhadap Melayu dimainkan oleh pemimpin Umno/BN dan juga beberapa pertubuhan yang kononnya mewakili suara Melayu. Secara sedar atau tidak, isu-isu yang dibangkitkan hanya membibitkan sentimen perkauman yang menebal antara kaum yang ada dinegara ini, walaupun 'perpecahan' sebenar hanya berlaku dalam komponen Umno/BN.
Suara-suara tidak puas hati terhadap hak Melayu yang kononnya dikikis lantaran terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dimainkan sebagai fokus serangan.
Malah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melagukan kebimbangan berhubung kononnya Melayu akan hilang kuasa seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Suara 'perkauman sempit' ini diistilahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sebagai suara terdesak Umno/BN yang mutakhir ini semakin bimbang akan hayat politik mereka sampai ke penghujung.
Namun leteran Tun Mahathir itu kini sudah tidak sepopular dahulu kerana masyarakat Melayu khasnya tidak lagi mudah termakan serangan perkauman yang dimainkan Umno/BN.
Masyarakat Melayu tidak akan dapat melupakan penghakisan hak Melayu yang berlaku lantaran 50 tahun Umno memerintah Malaysia, antaranya.
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campur tangan dalam sistem kehakiman.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.
4. Memperkenalkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI); menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.
8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak bertambah. 9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin kecil saiznya.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.
19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.
20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

1 ulasan:
Macam mana nak memperjuang hak ketuanan melayu kalau negeri-negeri yang ramai orang melayu, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak dapat layanan faderalism.
Kalau Kelantan dan Terangganu sepatutnya memperolehi Royaliti hasil petrolium serta wang ehsan dan bukan ehsan sahaja.. dan negeri-negeri lain menikmati ehsan yang adil bagi semua rakyat tidak kira apa fahaman.
Kalau bantuan ketuanan melayu untuk diri pemimpin itu dinamakan ketuanan 'AKU' dan selebihnya UMNO. Yang pasti dilihat nanti termakbulnya kemenangan PR dalam PRU 13 nanti lihat berduyun-duyun ahli UMNO akan berhijrah. Penghijrahan meraka bukan kerana suka tapi kerana tidak biasa berdikari melainkan subsidi. Mereka telah nampak PR mampu membela rakyat. Huru-hara mereka mengacum warga emas yang menerima bantuan Kerajaan Negeri Pulau pinang supaya menolak bantuan itu jelas kerisauan terhadap keadilan Kerajaan Rakyat yang mampu mengambil hati rakyat tanpa selogan perkauman.
Catat Ulasan