18 November 2010

Drs. Khalil : Korbankan waktu untuk imarahkan rumah Allah.

Drs. Khalil sedang menyampaikan Khutbah Hari Raya Korban di Surau Parit Hj. Nasir Titi Serong.

11 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi

TITI SERONG, 18 Nov.:- Umat Islam diseru untuk mengorbankan waktu 5 kali sehari semalam untuk memenuhi mesjid dan surau bagi memastikan mesjid dan surau tidak menghadapi femenomina kekurangan jemaah, Demikian antara kandungan khutbah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa beliau berkhutbah Hari Raya Aidil Adha di Surau Parit Hj. Nasir di sini.

Dalam Khutbahnya juga beliau menyeru supaya umat Islam juga mengorban waktu yang ada untuk menimba ilmu agama dimana sahaja. Tegasnya lagi Ilmulah merupakan pusaka yang terbaik yang kita boleh warisi kepada anak-anak kita. Dengan ilmu menurut Drs. Khalil anak-anak kita akan mencapai matlamat kehidupan dan ridha Allah SWT.

"Sesungguhnya para jemaah mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah Allah ini tidak kosong dari jemaah, juga kita mesti pastikan anak-anak kita sudah dididik dengan ilmu agama secukupnya" Katanya.

Drs. Khalil yang ditemui selepas itu menyatakan bahawa kehidupan masyarakat dalam DUN Titi Serong adalah amat sinonim dengan Mesjid dan Surau. Mereka dikalangan masyarakat Melayu Banjar adalah sangat taat beribadah dan suka ke Mesjid dan Surau. katanya.

"Oleh itu program "Mesra Mesjid dan Surau" yang pernah saya katakan sejak awal saya menang disini masih diteruskan sehingga sekarang" jelas Drs. Khalil

Drs. Khalil juga mengharapak pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUNny sudi untuk menyampaikan maklumat sekiranya terdapat masalah dan keperluan yang perlu diambil perhatian.

"Sekiranya kita mampu untuk membantu kita akan usahakan melalui saluran tertentu, yang penting pejabat kami kenalah diberikan aduan terlebih dahulu" Katanya.

Menurut Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua penerangan PAS Perak itu, ini adalah kali ke empat beliau berada diluar Pusat Tarbiyah titi Serong untuk menyampaikan Khutbah.

"Untuk tahun 2008, Raya Puasa dan Haji saya berada di Pusat Tarbiya Titi Serong, dan untuk tahun 2009 dan 2010 saya menjelajah sebanyak 2 mesjid dan 2 surau untuk sembahyang bersama warga Titi Serong" jelasnya.

"Kerana itu saya sangat mengharga pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUN titi Serong yang sentiasa mengambil langkah untuk mengimarahkan rumah Allah itu. Selain dari solat berjemaah, kebanyakannnya menganjurkan kelas-kelas pengajian disamping mengadakan aktiviti rutin mingguan seperti bacaan yaasin pada malam Jumaat, dan sambutan hari kebesaran Islam secara terus menerus."

Ditanya mengenai peranan Mesjid yang lebih penting baginya, Drs. Khalil menegaskan harapannya supaya rumah Allah itu menjadi tempat yang subur dengan ilmu dan tempat penyatuan umaah.

Katanya lagi jika dua peranan itu berjalan dengan seiring pastinya akan melahirkan masyarakat yang lebih baik dimasa akan datang.

4 ulasan:

Fresh Idea berkata...

artikel yang cukup menarik! ^__^

Tanpa Nama berkata...

Salam DR..saya AJK surau berjawatan ketua pemuda Surau Al-Ikhwan Bandar Baru Sg Buloh,Selangor...Jika DR ada kelapangan dan rezeki,boleh DR bagi kuliah di surau tempat saya..apa-apa makulumat,boleh email di syahrilhasan@tm.com.my

TQ

Tanpa Nama berkata...

penuhi surau dan masjid, jangan penuhi bar dan disco

Tanpa Nama berkata...

Salam, YB DRS. saya Pengerusi Surau Kg Guar Jering, saya juga berminat untuk menjemput YB untuk datang ke surau bagi menyampaikan tazkirah/ceramah. email saya azizazam78@yahoo.com.