11 Zulhijjah 1431H.
Chef Farid
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.
Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.
Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.
Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.
Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.
Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.
Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.
Sekian.

16 ulasan:
info tentang arak di SIHAT SELALU - Ketagihan Arak
samalah buat roti canai banyak gunakan tangan dari uli tepung buat dough dan tebar semuanya menggunakan tangan jadi hati-hati makan roti canai kedai mamak make sure pembuatnya orang muslim dia tahu hukum hakam,nanti terkena bukan muslim macam2 jadi peluh menitik masa menguli,tangan tak suci masa buat dough dan tebar--hati2 ya nanti najis kat tangan
Orang Islam sepatutnya tidak makan kek bukan saja kerana dimasukkan arak tetapi kerana cara mengaul dan mengulinya sudah tidak menyelerakan. Sanggupkah kita makan hasil gaul tangan manusia yang bukan isteri atau emak kita. Insaflah umat Islam.
jaza...
Bengong betoi tip ini. Ade ke kita kena beli kek dulu baru boleh tau ia ade wine ke tidak? Kalau nak bagi tip, bagi le yang tepat. Misalnya, tip yang bebunyi begini: "Jangan beli kek rum, sebab ada rum (sejenis minuman alkohol)". Atau pun: "Jangan beli kek tiramisu sebab ade marsala wine atau rum sebagai perasa".
terbaik.... makan makanan yang disediakan oleh isteri sendiri. kepada yang dah terbiasa dengan tabiat makan dikedai mamak atau lain lain, pastikan dulu tentang aspek penyediaan makanan. kalau boleh elakkan la dari makan dikedai mamak, mamak ni eeeiii.... malasla nak komen lebih2 nanti kata fitnah la pulak. tapi yang lebih sadis, melayu yang siap pakai songkok dengan selamba bongok duduk minum kat kedai kopi china, tak kira waktu, tengahari jumaat ke waktu maghrib ke pendek kata setiap waktu. apa rahsia yang ada pada chawan batu tersebut??? tolong sdr idham komen.
Assalamualaikum!
Terima kasih Dr(YB)Satu info yg.berguna bagi umat Islam.Izinkan saya menyebarkan info tersebut.
Seperkara lagi yg.perlu di ambil perhatian,berkaitan dengan telor yg.digunakan,pastikan telor ayam atau telor itik (fizikal dan ainnya)bersih sebelum diadun.
Jazakallah.
abis tu kalau mak dia dah takda ,dan tak kawin lagi tak merasa la makan kek .alasan tak munasabah !
Saya kurang setuju dengan pendapat En. Ahmad Baei Jaafar yang "Orang Islam sepatutnya tidak makan kek bukan saja kerana dimasukkan arak tetapi kerana cara mengaul dan mengulinya sudah tidak menyelerakan. Sanggupkah kita makan hasil gaul tangan manusia yang bukan isteri atau emak kita." Kita sebagai orang Islam perlu belajar menghasilkan sebarang makanan termasuk kek yang lazat dan menyamai rasa kek yang di buat oleh bangsa lain tanpa menggunakan bahan dan cara yang haram atau tidak bersih. Saya dan isteri pernah berguru dengan seorang chef cina muslim bernama Chef Faizal Ng yang mengajar teknik membuat kek yang lazat bertaraf hotel 5 bintang dengan cara yang bersih dan tanpa menggunakan sumber yang haram. Setiap orang Islam perlu berazam dan berusaha menandingi pencapaian bangsa lain jika mahu melihat kedudukan orang Islam yang lebih baik dan maju.
Wallahualam.
Bagus info ni...tq kerana sudi berkongsi maklumat.
buatan tangan orang islam sekiranya bersih dan tak masuk benda yang haram, halal di makan, umat islam bersaudara
sy xpernah pula buat kek guna tangan..selalu guna mesin dan senduk jek..kek xperlu diulikan??len lah roti..
utk yong..tip ni xbengong pd sy..sekurang2 nyer..bler sy dh terasa kek tu ad arak..sy bole berjaga2 di masa depan..tak perlulah sy beli kek di kedai yg sama.,kan ad peniaga yg ltk arak tp xbg tau..
xptt kedai2 yg majoriti nye pelanggan muslim letak arak kt makanan mereka.. haram 2..
kek tak di uli dgn tangan bro. di pukul guna mixer atau manual guna pemukul. kenapa plak org islam di larang mkn kek?. saya sendiri tidak minat mkn kek yg di beli di kedai tapi saya ckup suka kek jadi saya blaja buat kek so apa masaalahnya?. agak2la bro nak 'mengharam'kan yg halal.
sy pun kurang stuju dgn beberapa pendapat ekstrim kat sini.... tp sy cuma mau komen satu ja, tips ni bukan bengong bagi saya, sbb, kalau cakap "jgn beli kek tiramisu" tu lg bengong.. mana blh ckp mcm tu, kek ni, bukan kita boleh tau bahan dia apa dgn hanya lihat pada rupa kek tu, tekstur dan sebagainya.. mungkin boleh, dr segi tekstur, tp cuma org pakar ja kot blh tgk.. jd, pilihan terbaik, melalui rasa... kalau mcm rasa pelik2.. jgn la beli lg masa depan.. jd, terima kasih bagi tips ni, kepada yg berfikiran sempit, tolong jgn komen yang bukan2
kaedah buat kek ni ada pelbagai,ada yg guna mixer ada jg yg guna tangan (kaedah gaul ramas)..tak kiralah kaedah apapun yg penting para peminat kek perlu belajar dan buat kek sendiri..pastikan bahan-bahan halal, x syubhah serta suci..janganlah kita ingat kedai kek melayu islam semuanya jual kek halal..
Catat Ulasan