03 November 2010

Hari Lahir ku ke 46 hari ini....

25 Zulkaedah 1431 H.

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah pada hari ini saya telah cukuplah umur 46 tahun. Kerana itu saya sangat bersyukur kepada Allah yang telah memilih diri ini dikalangan hambanya sebagai seorang yang beriman dan seterusnya diberikan hidayah dan taufiknya untuk berjuang dalam perjuangan islam.

Sesungguhnya dengan kehadiran tarikh keramat untuk sekian kalinya ini , saya terus berdoa semuga Allah memberikan sifat kesabaran bagi melalui ranju , onak dan duri dalam perjuangan ini. Kerana dengan bantuan Mu ya Allah sesungguhnya hamba ini masih mampu berada disini hari ini.

Tidak lupa saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Isteri tersayang, Nor Ainah serta anak-anak tercinta, Khairul Azri Lim, Khairul Anwar Lim dan khairul Aiman Lim yang menjadi pendorong dan peniup semangat dalam menempuh cabaran itu.

Juga kepada sahabat serta rakan seperjuangan yang sering mendoakan kesejahteraan diri ini, saya ucapakan terima kasih.

Kepada yang menyampaikan ucapan dalam ruangan facebook dan blog ini saya ucapkan terima kasih. Rasanya saya sangat bersetuju dengan rakan-rakan yang telah menghadiahkan lebih awal sekiranya kemenangan di galas adalah milik kita pada 4November ini, itulah hadiah hari lahir ke 46 saya yang paling berharga .

8 ulasan:

Modern Talking berkata...

Alhamdulilah, Semoga YB dipanjangkan Umur dan dimurahkan rezeki...Amin.. Terus berjuang ke Jalan Allah

Idham Lim (林川興) berkata...

SELAMAT HARI LAHIR YB..DARI WASIMAH DAN SUAMI..TERUSKAN PERJUANGAN YB.

al-brangi Online berkata...

salam,

selamat ulangtahun kelahiran.
semoga segala kerjabuat tuan diberkatiNYA

Tanpa Nama berkata...

Selamat ulang tahun kelahiran YB

KATAKUT.....blogspot.com berkata...

Alhamdullilah shukur kehadirat Ilahi dipanjangkan umur dan selamat berjuang menegakkan hukum Allah dibumi ini "Selamat harijadi YB" daripada PAS Kawasan Beruas

ainhany berkata...

selamat ulangtahun kelahiran YB.
Semuga ALLAH mmberkati perjuangan dan khdupan YB.
ALLAH AKBAR

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Lahir YB. Semoga panjang umur untuk meneruskan lagi perjuangan menegak kan hukum Allah di bumi Malaysia dan semoga lebih ramai lagi orang2 yg sebangsa dgn YB dalam perjuangan ini.

Unknown berkata...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.