25 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi
GUA MUSANG, 2 November :- Kempen di Galas yang masuk hari ketujuh hari ini dijangka mula bertambah rancak selepas tertangguh dengan perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam kelmarin. Dijangka adegan sogok fitnah akan berjalan sepertimana yang dijangka disetiap PRK.
“kita ada tiga hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas 4 November ini, seluruh jentera Pakatan Rakyat digesa memperketatkan tugas kawalan bagi menangani gejala menyebar fitnah dan sogokan,” ujar Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.
Mengulas perkara yang sama, Penasihat Operasi Jentera Pilihan Raya PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa maklumat yang diterima oleh beliau mengatakan bahawa penyebaran fitnah dan sogokan akan dimulakan pada 1 November dan sumber tersebut boleh dipercayai.
Tambahnya lagi antara bentuk sogokan yang dapat dikesan sekarang adalah dalam bentuk wang tunai RM1,000 dan set peti televisyen.
Jika benar perkara ini berlaku, pihak terbabit bakal berdepan dengan pihak keselamatan PAS yang telah pun disusun atur untuk membuat tangkapan awam, dan meraka akan akan dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Walaupun situasi politik di Galas dikatakan 50-50, akan tetapi dengan semangat rakyat Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang telah memerintah selama lebih 20 tahun, Pakatan Rakyat Perak amat yakin dan percaya, pengundi di Galas telah bijak bagi memilih PAS sebagai ADUN di sini.
Justeru rakyat seharusnya bijak memilih kepimpinan yang bebas dari sebarang taktik kotor, salahguna kuasa dan perkara yang bakal mengundang kerosakan institusi pilihanraya Malaysia dengan memilih pihak yang komited meneruskan agenda kebajikan rakyat.

1 ulasan:
Salam Yb
Plik gak kalau Umno yg bagai d katakan rsuah atau sogkan..kalu puak2 tu bole plak
Hkum Islam ada plih2 ke..atau puak2 tu yg plih2 hkum..
Bwak2la insaf..ksiana kat org2 kampung yg laam sgt kna main nagn puak2 ni...hmpir 20 thn dh.
Mrilah kita sama2 brsatu d bawah payung Umno demi agama dn bangsa kita...
Insyaallah kita akan brjya//aminn
Catat Ulasan