04 November 2010

K'jaan tak lagi umum harga RON 97

26 Zulkaedah 1431 H

Kerajaan tidak akan lagi mengumumkan setiap kenaikan harga petrol gred premium RON 97kerana ia akan didasarkan kepada harga purata pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian berkenaan dan kementerian kewangan akan memantau harga runcit mengikut "harga global".

"Sama seperti melihat harga saham di Bursa, anda perlu mencari sendiri harganya," katanya kepada wartawan di bangunan Parlimen.

Sejak kenaikan terakhir harga petrol pada bulan Julai, di mana harga RON 97 juga tertakluk kepada pengapungan yang berdasarkan harga pasaran, hari ini adalah pertama kalinya harganya meningkat.

Menurut Rohani, dari 16 Julai sampai sekarang, harga petrol di pasaran global adalah stabil dan tidak ada kenaikan harga.

Bulan lalu, tambahnya, harga di pasaran global naik, maka harga petrol pun diselaraskan mengikutnya.Rohani berkata, kerajaan akan memantau harga purata pasaran setiap bulan.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Tandanya PRU dah dekat benor le tu...

Tanpa Nama berkata...

umno, mic, mca sama prangai susahkan rkyt Msia dgn harga minyak naik.....Pakatan Rakyat jgn prangai serupa pulak....
Semua rkyt Msia tahu RON95 tak berkualiti.
Dulu kite pakai RON97, skrg rakyat pakai
minyak RON 95 yg byk kesan mendapan kotor dlm enjin kenderaan jangka panjang...

Tanpa Nama berkata...

ron 97 dah naik kan? 5 sen...semalam..