26 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salhan K Ahmad
Sekumpulan 30 orang daripada jentera pilihan raya PAS menurunkan satu sepanduk yang dipasang di depan satu pondok polis di Kampung Batu Putih yang didakwanya boleh menaikkan kemarahan dan kebencian.
Sepanduk itu yang tertulis "Pemimpin DAP beri tazkirah di surau, kenapa PAS sokong rumah Allah dihina", dipercayai dipasang di situ sejak malam tadi.
Penasihat jentera pilihan raya kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengetuai pasukan itu berkata, tindakan tersebut diambil bagi membantu pasukan penguatkuasa SPR.
"Walaupun SPR ada tiga pasukan penguatkuasa, mungkin suruhanjaya itu tidak dapat pantau kawasan pilihan raya yang begini luas.
"Sepanduk seperti ini (dipasang) tanpa tanggungjawab kerana tidak diberitahu siapa penerbitnya.
"Ia digantung di depan pondok polis yang bertugas 24 jam.
"Mereka ambil kesempatan untuk naikkan kemarahan dan kebencian," katanya yang tidak akan membuat sebarang aduan berhubung insiden itu.
"Kita sengaja tidak buat aduan sebab dalam pengalaman di (pilihan raya kecil) Manek Urai tidak ada tindakan polis.
"Mungkin mereka sibuk, kita hanya membantu," katanya lagi.
Sebelum ini, satu jentera PAS juga telah menurunkan satu sepanduk di kawasan Bandar Lama Gua Musang.
Malaysiakini/-

2 ulasan:
kerja orang tak berakhlak
Kerana orang DAP sekarang cenderong mendekati Islam, sebab itu mereka mau datang ke surau atau masjid, sedangkan orang-orang umno nama saja islam tapi, undang-undang islam tolak, syariat Nabi tolak, pemimpin umno kononnya islam tapi kaki botol, kaki judi, jangan kan nak ke masjid setiap waktu, jumaat pun ada yang tak tunaikan.
Mana lebih baik kafir mu'ahad (mu'ahid) atau islam munafik?. Di tempat saya (sg galah, tanjung tualang) orang kampung kebanyakan umno + orang asli (bukan islam) minum minuman keras bebas bagaikan minum air kelapa ditepi jalan. Semua jawatankuasa masjid orang umno, tapi sebahgian besarnya tak datang kemasjid pun. Sebab itu Allah hantarkan kaum lain untuk 'memakmurkan' masjid (ORANG KAMPONG MAKMUR DAH TAK MAU KE MASJID).
Catat Ulasan