23 November 2010

Syarikat gergasi China serta Ekspo Cheng Ho

16 Zulhijjah 1431H
Oleh : Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Nov: New Hope Group, Hua Long Group, Dantong Group antara syarikat gergasi negara China termasuk lebih 200 syarikat kecil dan sederhana negara terbabit yang mengambil bahagian pada Ekspo Cheng Ho dan Fiesta Perdagangan Antarabangsa Kelantan-China.(Gambar: Tengku Mahkota Kelantan merasmikan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Kelantan hanya sebuah negeri yang kecil dan terpinggir kerana halangan tertentu, namun usahawan gergasi China sanggup datang ke Kota Bharu.

“Ianya dilakukan atas semangat ukhuwah serantau yang tiada sempadan,”ujarnya.

Sambungnya lagi, pelbagai kerjasama dapat dijalinkan melalui program ini dan ia turut terbuka kepada semua pihak, termasuk swasta dan individu.

Katanya, China kini muncul sebagai kuasa ekonomi yang terus berkembang di samping mempunyai khazanah peradaban lama, lubuk budaya dan kuasa pasaran ekonomi dunia yang besar.

Selain itu katanya, imam, pemimpin Islam, pemimpin kerajaan, ahli budaya, pakar perubatan, pensyarah, penulis, wartawan, pengkaji, penghibur dan ahli masakan tiba untuk menjayakan rasa muhibbah Kelantan China.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: