15 Disember 2010

AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden

09 Muharam 1432H
Oleh: Salhan K Ahmad

Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

NONEBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

NONEZaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

baei berkata...

Orang yang menyertai KITA terdiri daripada ahli lama AKIM dan orang yang sekepala dengan Zaid. Mereka menyertai KITA bukan hendak menang tetapi untuk melemahkan parti lawan untuk memenangkan parti yang lain. Jadi, orang yang betul hendak berjuang tidak perlu menyertainya, buang masa saja.

Tanpa Nama berkata...

tahniah datuk zahid. apayg dihajati tlh tercapai. mulakan kerja sbg presiden parti. kalau gagal jgn nak lompat pulak lepas ni, takut terus terlompat ke dalam kubur.