09 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 15 Dis :- PROTON Holdings Bhd semalam mengingatkan pemilik kereta Proton bahawa penggunaan alat ganti tiruan boleh mendatangkan risiko serius terhadap keselamatan pemandu dan penumpang, selain merosakkan kenderaan mereka.
Ingatan berkenaan dikeluarkan berikutan pengeluar kereta nasional itu mengesan wujudnya penjualan secara berleluasa alat ganti tiruan bagi kereta PROTON.
“Proton mencadangkan supaya pemilik kereta mengguna alat ganti asli bagi mengelakkan dari berlaku kerosakan berulang, ini bermakna di Malaysia banyak alat ganti tiruan,” kata Ketua Penerangan Pas Perak ketika dihubungi di sini bagi mengulas isu berkenaan..
Beliu mempersoalkan kenapakah boleh beedar begitu banyak barang tiruan di negara kita sedangkan agensi-agensi berkenaan telah ditugaskan untuk membenteras barang tiruan.
Selain itu menurutnya rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup yang membebankan, dalam masa yang sama pengguna Proton perlu menggunakan alat ganti asli yang mahal, persoalannya adakah rakyat mampu dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan rakyat, atau pun cadangan tersebut cumalah untuk menyelamatkan Proton serta vendor-vendornya.
Tambahnya lagi, dalam isu kerosakan berulang kepada Proton, di sini kita mahu persoalkan, adakah benar ia berpunca dari alat ganti tiruan? sedangkan kualiti kereta Proton masih belum berada pada tahap yang memuaskan dan ini adalah isu utama proton apabila menyentuh berkenaan isu kualiti produk.
“Saya cadangkan satu kajian secara menyeluruh mengenai kualiti kenderaan berjenama Proton berbanding dengan kenderaan yang diimport dari luar Negara,” ujarnya.

2 ulasan:
Betul betul betul......
Ni pasal vendor system untuk spare part proton.Dr M menswastakan supply spare part Proton. Vendor2 dilantik kena bayar sini bayar sana bayar mana2 lah. akibatnya harga spare part tinggi. Orang yang untung orang yang dapat duit sini sana dan take de apa2 kemahiran mengenai industri kereta. apa lagi kaum bisnes Cina nampak peluang buat spare part lebih murah untuk dijual dia pun hantar sample ke Taiwan buat alat ganti Proton dan dijual dengan murah. Yang membayar sini sana complain ke yang menerima sini sana.maka keluar lah ayat dari Proton jangan beli spare part tiruan nanti kereta rosak. Kalau awak nak menderma ke sini sana beli lah spare part ori - mahal tapi guarantee. spare part tiruan -murah tapi Cina guarantee. Pilih lah mana kamu hendak.
Catat Ulasan