15 Disember 2010

Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir

09 Muharam 1432H
Oleh: Hafiz Yatim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

lee kuan yew state visit to malaysia 110609 02Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Suara VANbus berkata...

Salam Reformasi...............


Khas buat Penyokong PR: Berlapang dadalah dalam segala kritikan oleh penyokong PR sendiri..Mengkritik bukan bererti membenci........harus ada satu sikap dan jiwa yang besar untuk memahami segala teguran dan kritikan. Kalau tidak dikritik, Pemimpin PR mudah lupa dan leka juga alpa...Ambillah iktibar bila kita menang PRU 99, kita sangat leka dibuai mimpi indah sehingga kalah teruk dalam PRU 2004. Bila PRU 2008 kita berjaya menafikan Majoriti BN di Parlimen maka ada segelintir Pemimpin PR yang besar kepala. Ada juga bersikap seperti pemimpin UMNO n BN..Maka para blogger dari PR pun mula menegur...tapi bila dikritik, maka dikatakan para blogger PR sudah dibayar oleh pemimpin UMNO n BN..Adakah dengan mengkritik demi kebaikan dan keutuhan PR, para penyokong PR menganggap para blogger PR begitu mudah dibeli...Semua blogger PR ada maruah dan jati diri...Jadilah seperti orang2 terdahulu yang sangat berlapang dada dan terbuka dalam menerima kritikan..semua manusia di muka bumi tidak lari dari melakukan kesilapan, makanya sesama kitalah yang harus mengingati antara satu sama lain. Itulah yang dianjurkan dalam Islam..

Khas buat Pemimpin PR: Jangan duk leka sangat berceramah sana sini tapi mulakan gerak kerja PRU 13 dengan strategi yang mantap..Ingat Selangor adalah Negeri yang sangat diidam2kan oleh Umno n BN..Pertahankan negeri2 yang telah ditawan..Susun atur dengan jayanya untuk merampas negeri2 yang masih dalam pentadbiran Umno n BN..Bila semuanya bersatu, InsyaAllah Putrajaya milik PR..


Para penyokong dan pemimpin PR ambillah iktibar dan jangan cepat melatah..Segala kritikan semuanya untuk kebaikan dan keutuhan perpaduan dalam PR..Berlapang dada dalam segalanya. itulah kunci kejayaan umat Islam terdahulu menerusi Ketua Umum Negara Islam Rasulullah SAW.............................