27 Disember 2010

Hebatnya jawapan Timbalan Pengerusi UMNO baru dalam sidang DUN Terengganu

21 Muharram 1432H.
loveperak.blogspot.com

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar), berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa. Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu

Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oh... rahmatnya negeriku! Stadium yang indah menawan runtuh dengan megahnya! Masjid yang berharga jutaan ringgit dengan khusyuknya menyembah bumi, oh negeriku..alangkah dilindungi oleh rahmat!

Mohon lepas ini runtuhlah pula rumah-rumah pemimpin tertinggi UMNO negeri sebagai memperdalamkan lagi kesyukuran mereka terhadap "rahmat" ini!..amin...

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh berkata...

Runtuhlah dacing terbenamlah keris menghunus bumi menyembah lantai berdarah merah dikala keris dijulang dacing ditimbang tidak seimbang dek hunus yang tidak seimbang terpacak keris ke medan maya aksara terkapai-kapai menuju kematian menjelma walau tidak diundang.......

helanghitam berkata...

bangang mcm ni pun bleh dilantik jd exco? yaa ampunnn...!!!

Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang berkata...

ELOKNYA YB ALOR LIMBAT SENDIRI MATI...MAKA MENDAPAT RAHMATLAH ORANG DUN ALOR LIMBAT KERANA DAPAT WAKIL RAKYAT BARU

Tanpa Nama berkata...

btuah org trg dpt timb.pengerusi UMNO yg cerdik mcm ni............

Tanpa Nama berkata...

Apa punya manusia le si yahya khatib ni. Ini bukan cerita bangunan yang direka bersahaja oleh tukang kayu atau pembuat tongkang. Ini projek kerajaan yang melibatkan banyak pakar-pakar.... rupa-rupa termasuk juga pakar putar alam, patut le runtuh.....

Tanpa Nama berkata...

DPPNP, Yahya Khatib bukan Alor Limbat, Pengkalan Berangan.