12 Disember 2010

Jangan bangkit isu negara islam !

GOMBAK 12 Dis — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini negara Islam sudah tidak ada isu tak usah nak bangkitkan lagi isu ini “Tak usah nak bangkitkan lagi ” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini. Minggu lepas Mustafa mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian hari ini.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam dan minggu depan mereka akan bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua Ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat bulanan PAS kali ini Mustafa berkata ia adalah untuk membincangkan mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan di Pulau Pinang.

Beliau juga berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan kertas kerja masing-masing sebaliknya hanya akan membentangkan kertas kerja Pakatan Rakyat.

“Kita hanya ada satu kertas kerja bersama iaitu kertas Pakatan Rakyat yang diluluskan bersama “Kita tidak ada kertas sendiri ini adalah kertas Pakatan Rakyat Bukan kertas PKR PAS dan DAP “Hanya kertas ini sahaja yang akan dibentangkan dan dibahaskan ketika konvensyen minggu depan ” katanya. Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS PKR dan DAP Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama. (Malaysian Insider)

Tiada ulasan: