23 Disember 2010

KOS PERSIDANGAN WANITA PERTAMA 4.5 JUTA MEMBAZIR

17 Muharam 1432H
Oleh : Drs, Khalil Idham Lim

23 Disember 2010

Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99, kenyataan media berhubung isu ini dalah seperti berikut :

1. Pakatan Rakyat Perak kesal dengan perbelanjaan yang boleh disifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat, pembaziran sebegini tidak boleh diterima dalam situasi Malaysia yang memerlukan kepada cara belanja wang kerajaan secara berhemah.

2. Pakatan Rakyat Perak membantah perbelanjaan tersebut, wang tersebut merupakan wang rakyat, isteri PM tidak berhak dan tidak sepatutnya membelanjakan dana tersebut sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kemampuan serta keperluan rakyat khususnya.

3. Perbelanjaan wang rakyat tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang kini dihimpit dengan tekanan hidup berikutan kos sara hidup yang meningkat saban hari, harga barang yang meningkat rentetan harga keperluan asas yang dinaikkan oleh kerajaan.

4. Pakatan Rakyat Perak ingin mengemukakan persoalan tujuan penganjuran persidangan tersebut, juga adakah wajar Rosmah bertindak sebagai penganjur sedangkan dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong, dalam masa yang sama sehingga sekarang, tiada resolusi yang bersifat merakyat muncul dari persidangan tersebut.

5. Pakatan Rakyat Perak ingin menegaskan bahawa persidangan tersebut merupakan satu pembaziran yang membelakang keperluan rakyat, dalam soal berbelanja urusan Negara, rakyat yang lebih penting, bukannya isteri Perdana Menteri bermewah dan selesa menginap di hotel-hotel terkemuka.

Drs, Khalil Idham Lim

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau duit tu anjurkan Nikah Perdana macam Kelantan pun bagus, dapat kurangkan gajala sosial...

Tanpa Nama berkata...

Juta2 tu bantu mangsa banjir lebih afdal. Yang bermewah dengan yang bukan hak tak rasa malu ke dengan diri sendiri.

Cuba ukur umur...sementara hayat masih ada berbuat baiklah demi ugama, bangsa dan tanahair.

Tanpa Nama berkata...

Sistem apa yang digunapakai di malaysia yang si rosmah tu perasan dia tu wanita pertama. Suruh dia pindah kat afrika lepas tu boleh jadi wanita pertama kat sana. Sama macam yang hadir semasa persidangan tu.... semua dari afrika