24 Disember 2010

Pemuda PAS Perak menziarahi AJK Fatwa Perak

18 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

23 Disember 2010 (TAIPING) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang diketuai oleh Ketuanya Zawawi Hassan telah menziarahi Haji Abdul Majid Zainal Abidin Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak hari ini.

Pertemuan hampir dua jam tersebut berkisar masalah ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat di Perak terutamanya. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menyambut rombongan Pemuda PAS Perak tersebut.

Pemuda PAS Perak yang akan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Agama bagi membantu mengatasi masalah ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat. Perkara ini akan diteruskan bagi memastikan ummat Islam akan meninggalkan amalan yang jelas bertentangan dengan Islam yang sebenar.

1 ulasan:

huda alhadi berkata...

Syabas tahniah....! Sentiasalah melawat siapa jua muallim bukan sekadar kerana pincangnya fatwa institusi mufti malah buatlah rumah muallim itu bagai "Balik kampung" ziarah bapa tak kiralah samada pencacai UMNO ke atau sahabat seperjuangan.

Kalau di rumah pencacaiUMNO ingatkan mereka sedang berada di jalan mati dan sempit bila nak buat 'U-Turn' sangat susah. Ingat-ingatlah mereka supaya sentiasa mengikut lebuh raya yang lebar yang mempungai prasarana 'U-Turn' yang jelas dan selamat.

Sekarang jangan lupa cari adik tuan guru yang benama Abdul Hamid Zainal Abidin kesian entah kemana beliau di persada pimpinan negara. Dulu beliaulah yang dikehadapankan untuk menghiasi maslahah agama islam di Malaysia. Malah suatu masa sebelum jadi pemimpin Kagat beliau bercap senada dengan pimpinan PAS. Kini kalau tak keberatan jemputlah beliau ke rumah kita mana tahu kiranya kini kembali senada dan mungkin Dato Hasan Ali boleh usahakan.