22 Januari 2011

Najib ke hulu, Rosmah ke hilir

Oleh : Hafizi Pauzi

LABIS, 22 Januari : "Saya kira kenyataan Rosmah dengan mengatakan bahawa beliau tidak peduli apa orang mahu kata kepadanya, yang penting beliau ke luar negeri untuk kepentingan negara, saya sifatkan sebagai kenyataan melepas batuk ditangga dan ingin lari dari masalah sebenar" kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui di pusat penamaan calon disini hari ini.

Beliau diminta memberi respon berkenaan jawapan rosmah berikutan kritikan ramai pihak terhadap tindakannya tidak ubah seperti menteri kabinet.

Rosmah telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah negara yang sepatutnya dijalan yang punyai portfolio menteri .

Dalam pada itu, Rosmah juga dilaporkan mempunyai pejabatnya sendiri di purtajaya, walhal beliau cuma isteri Perdana Menteri yang hanya layak mendampingi PM ke mana-mana sahaja suaminya pergi.

"Saya hairan bila melihat Najib ke hulu, Rosmah ke hilir dengan tugas negara masing-masing" katanya

Tambahnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, pejabat Rosmah yang sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. Tentunya memerlukan dana tambahan ubtuk beroperasi.

"Saya mempersoalkan dari sumber mana wang yang digunakan untuk pejabat Rosmah" Soalnya.

Beliau juga menganggap tindakan itu adalah satu pembaziran dan semacam menyalahgunakan wang rakyat demi untuk memuaskan hati Rosmah yang gilakan jawatan first lady.

Menurut beliau juga juga dikenali dengan blogger Cina Islam itu, Keangkuhan ini makin menjadi-jadi dalam masa yang sama mengenepikan permaisuri agong sebagai wanita pertama negara yang sebenarnya, tindakan ini merupakan penderhakaan beliau terhadap institusi beraja sehingga kini masih diteruskan dengan penuh angkuh.

Selain dari itu Drs. Khalil mendedahkan, Rosmah juga mempunyai laman web sendiri yang menggunakan server perdana menteri yang dianggap sebagai amat istimewa bagi golongan bukan menteri kabinet dan penjawat awam tertinggi.

"Rosmah semakin besar kepala selepas peroleh bajet RM111 juta mengatasi bajet yang diperolehi bagi bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang cuma RM95 juta," jelasnya lagi.

Jika benar Rosmah meletakkan tujuan berpusat kepada rakyat dengan penuh ikhlas, beliau perlu keluar dari kemewahan yang beliau nikmati dari bajet RM111 juta tersebut.

"Bajet RM111 juta itu cuma dinikmati oleh beberapa kerat golongan elit, bukannya rakyat seluruhnya" ujarnya.

"Apakah keistimewaan rosmah sebagai isteri Perdana Menteri sehingga telah menafikan hak 24 juta rakyat Malaysia," soalnya.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hairan kenapa semasa Pak Lah menjadi PM, Mahathir begitu bising tak henti2 mengkritik KJ dgn mengatakan budak2 di tingkat 4 Putrajaya. Kenapa bila Rosmah mempunyai pejabatnya sendiri di Putrajaya..org tua yg juga dikatakan mentor Najib tu hanya diam seribu bahasa..adakah sbb utk menjaga kepentingan anaknya sebagai Timbalan Menteri serta dirinya utk terus berkuasa dan berpengaruh? Inilah org tua yg sah keliru, berhati busuk, dengki, penghasut dan hipokrit !

Tanpa Nama berkata...

sbb najib tu dayus takut bini..... tak ada aturan la tkut bini mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

bomoh Perempuan sundal nie kuat sangat..
najib plak dah termakan nasi kangkang permpuan sundal nie...
enggeh jela najib altantuya....

jamal k.t. berkata...

Tak ade ke Tok Bomoh Umno nak berubat Semah Chot ni.Kesian Pok Jib makan hati, bertambah mengelit kepala dia.

Tanpa Nama berkata...

dah sifat orang bongkak dan sombong kaki pengampu tu banyak,mamak kuti tu janji di boleh tunjuk bahawa dia saja yang pandai

Tanpa Nama berkata...

rakyat yang sokong amngok semua jiwa kosong asalkan senang didunia saja

huda al hadi berkata...

Apa yang berlaku itu menunjukkan UMNO BN sudah berada di penghujung jalan. Bukan pihak PR saja yang perlu gugurkan Najib malah semua rakyat termasuk ahli UMNO perlu berbuat demikian. Laki yang takut bini dayus malah pemimpin yang membiarkan salahguna kuasa juga dayus.

Tanpa Nama berkata...

SATU UNTUK ENGKAU DUA UNTUK AKU, DUA UNTUK ENGKAU TIGA UNTUK AKU, 4 UTK ENGKAU 5 UNTUK AKU....