22 Januari 2011

Rosmah terus ganggu pentadbiran negara



Oleh : Hafizi Pauzi [MOD]..

PARIT BUNTAR, 21 Jan : Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julungkali ada dalam sejarah pentadbiran Negara dan perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak ,Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Dalam sesi temuramah itu, YB Khalil memberi respon dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini . Dan jangan gila nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” kata YB Khalil Idham Lim.

Dalam pada itu, YB Khalil mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan, siapakah Menteri Pelajaran ? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali? Soal beliau.

Beliau juga menyifatkan, Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri,

“suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet." ujarnya.

Ahli umno khususnya, wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN, sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh" soalnya.

'Kerana itu beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberilah peluang kepada PR memulihkan imej Negara pada PRU13 nanti,” ujarnya. Katanya lagi bila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan menganggu pentadbiran negara.

5 ulasan:

hijau sopan berkata...

OK tu YB dan saudara2 pembaca/penganalisis sekalian.. sambil kita komen, inilah pentanda secara fizikalnya menteri berkecamuk... celaru fotpolio menteri2 sedia ada... Maka dengan itu perkara2 ini akan mencepatkan PM Najib juga BN akan dihukum oleh rakyat kelak... alhamdullillah

Tanpa Nama berkata...

jadikan Tunisia sebagai contoh dan teladan.....

Tanpa Nama berkata...

biasa lah kalau dinamakan wanita bila dah kaya lupa diri

Mencari Redha Illahi berkata...

xde siapa rakyat malaysia niey yang suke ROSMAH nie.sibuk nak jadi 1st lady

Pendangkita berkata...

Ini lah Imelda Marcos malaysia