30 Januari 2011

PAS kesal dihalang berkempen


Hazayani Zakaria


LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.

4 ulasan:

abdullahngah berkata...

jika tengok pada laporan media bahawa sambutan pengundi tenang semacam oas boleh menang dalam pilihanraya kecil pada hari ini.

statistik menunjukkan pas boleh menang jika pengundi cina mengundi Cikgu Normala Sudirman atas sebab undi penentu kalah menang pilihanraya DUN tenang ialah undi china yang koposisi penduduknya sebanyak 38 peratus itu.

Pengundi Melayu sejumlah 47 peratus itu separuh daripadanya tak yakin dengan PAS boleh memerintah dengan baik berbanding keyakinanya kepada umno.

Inilah menteliti orang Melayu Johor. Oleh itu kalah menang DUN Tenang bergantung kukuh pada pengundi China.

Tanpa Nama berkata...

PEMIKIRAN ORANG MELAYU MEMANG BODOH..DAPAT KAIN BATIK PN DAH CUKUP

Tanpa Nama berkata...

PEMIKIRAN MELAYU MMG MUDAH DIJAJAH SEJAK DARI KESULTANAN MELAKA LAGI.MENTALITI MELAYU TAK UBAH SEPERTI LEMBU YG TETAP SETIA KPD TUANNYA WALAUPUN BAKAL DISEMBELIH ASALKAN DIBERI HABUAN.

HANYA ISLAM BOLEH MENYELAMAT BANGSA MELAYU DARI KEBODOHAN INI DAN PAS WAJIB TERUS BERUSAHA DAN BERSABAR DENGAN KERENAH MANUSIA MELAYU INI.PERCAYALAH UMNO AKAN LENYAP DARI BUMI ALLAH INI SPT KERAJAAN2 LAKNAT LAIN DIDUNIA INI.

Tanpa Nama berkata...

pemikiran melayu sempit dan terdesak,bengkak dan bernanah serta berulat ibarat barah kerana dihinggapi olih rasuah olih pemimpin umno-bn.
ibarat lembu yang dicucuk hidung dan ditarik olih puak-puak yg akan menghancurkan kaum sendiri demi memenuhi hasrat dan kehendak nafsu diri,tiada berpegang pada agama dan kitab..