25 Januari 2011

Pas nafi edar risalah fitnah

20 Safar 1432H.

SENAI - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menafikan risalah-risalah fitnah daripada Kelab Wanita Veteran Barisan Nasional (BN) Labis adalah angkara parti itu.

Beliau berkata, Pas tidak mengeluarkan risalah kosong manakala setiap risalah dikeluarkan Pas Pusat dan mempunyai tandatangan sendiri.
“Kita tidak tahu angkara siapa kemungkinan boleh jadi angkara parti itu sendiri untuk mengaibkan parti lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Wanita UMNO Labis membuat laporan polis berkenaan penyebaran risalah-risalah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Ketua Wanita UMNO Labis dilaporkan berkata, pihaknya mendapati ada kumpulan tidak bertanggungjawab yang menge­­darkan risalah dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Mambai yang menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN.

Mahfodz berkata, Pas telah memberi amaran pada anggota untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sepanjang pilihan raya kecil ini dan yakin penyebaran risah itu bukan perbuatan ahli Pas.

“Kita mohon agar pihak-pihak yang berkenaan hentikanlah segala provokasi. Sering kali berlaku setiap kali pilihan raya kecil atau umum diadakan dengan cerita-cerita seumpama ini seperti risalah tipu, fitnah seolah-olah untuk menggambarkan semuanya angkara parti pembangkang,” katanya.

Mahfodz berkata, banyak lagi perkara yang perlu dilihat seperti menyelesaikan masalah rakyat dan bukan menghabiskan masa utuk memburuk-burukkan parti lain.

“Kita bersaing secara sihat. Kadang kala saya pelik juga kerana sebagai contoh apa yang cuba dilakukan Pas, cuba dipolitikkan untuk dijadikan isu.

“Saya mohon jangan digembar-gembur isu seperti ini. Kita sesama Islam jangan bergaduh, apa yang kita harapkan dengan masa yang ada beberapa hari ini, perjalanan kempen dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa memburukkan parti lain.

“Baru-baru ini, ketika calon Pas, Normala Sudirman datang melawat kedai orang Cina di Labis. Entah bagaimana keluar cerita Normala mempersoalkan mengapa kedai itu jual minuman arak sedangkan kejadian itu tidak berlaku sama sekali,” katanya.

Sinar Harian/-

3 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Semua itu kerja orang UMNO sendiri, bukan tak tahu UMNO biasanya bila dia pukul orang kemudian dia pula yang menangis ! ala itu semua maklumat dalam poket, Umno bukan tak tahu yang mereka juara fitnah

shah berkata...

"Kita sesama Islam jangan bergaduh, apa yang kita..."

Sokong!

Tapi apa ini?

"...kemungkinan boleh jadi angkara parti itu sendiri untuk mengaibkan parti lain"

Dua kali lima.

Tanpa Nama berkata...

Tolong tanyakan kepada pemimpin UMNO/BN yang berkempen di Tenang. Bila boleh dapat beras yang dijanjikan akan diagihkan kepada golongan yang kurang mampu? Hari tu dia orang kata borang untuk diagihkan pada JKKP belum siap lagi.... takkan tak siap kot, dah lama dah ni.