09 Januari 2011

Sangkal Dakwaan PERKASA: Generasi Cina,India Kini Lebih Taat

05 Safar 1432H.
tvsnews.net

SHAH ALAM 9 JAN : Generasi bangsa Cina dan India hari ini merupakan golongan yang lebih taat kepada negara dan memahami adat resam terutama yang berkaitan dengan orang Melayu, ujar Drs Idham Lim.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak menolak tanggapan negatif yang dilemparkan Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) yang turut melabel kaum Cina dan India sebagai kaum imigran dan menimbulkan banyak masalah kepada bangsa Melayu.

Idham Lim yang dihubungi Tv Selangor juga menjelaskan tidak timbul soal bangsa lain ingin merampas hak daripada bangsa Melayu itu sendiri.

Sebelum ini, PERKASA mendakwa kaum-kaum pendatang generasi pertama ke negara ini tidak membawa banyak masalah kepada orang Melayu berbanding generasi semasa gambaran yang dilihat akan membawa satu lagi keadaan kurang senang di kalangan orang Cina dan India.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, pada peringkat awal kemasukan kaum-kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, 'tidak banyak berlakunya pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu', justeru mereka tahu untuk menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.

"Isunya sekarang saya nak tanya apa yang diperjuangkan oleh PERKASA pertama, sebab PERKASA ini kita lihat kenyataan-kenyataannya yang dibuat sekarang dalam isu kedudukan orang Cina dan orang India di Malaysia, saya lihat dia tidak konsisten, hari itu dulu nampak dia tidak setuju dengan semua golongan orang Cina generasi manapun tetapi hari ini dia bandingkan dengan generasi pertama dengan yang ada sekarang.

"Bagi saya generasi yang ada sekaranglah yang betul-betul taat dan setia kepada negara kita, generasi orang Cina dan India termasuk saya ini saya selidik adalah generasi kelima,generasi sekaranglah yang telah fasih berbahasa Melayu, faham adat istiadat terutama dalam Pakatan Rakyat yang lebih memahami Islam yang selama ini disekat maklumat yang baik kepada mereka selama ini," katanya.

Tambah Idham lagi, sebenarnya hak orang Melayu telah dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri khususnya Umno yang memberikan tender kepada bangsa lain.

Tulisan Ruslan dalam akhbar dwimingguan 'Suara Perkasa' edisi 3 Januari, di bawah tajuk "Pemerkasaan Maruah Bangsa Melayu, Sekilas Lintas Sejarah Tanah Melayu" menekankan, keadaan tersebut mengalami perubahan dan mula memberikan masalah selepas negara mencapai merdeka dan kedudukan ekonomi kaum imigran berubah.

"Hak orang Melayu di Malaysia ini dengan sendirinya telah dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri, bukan oleh orang Cina dan India, pemberian tender, pemberian projek-projek besar sepatutnya sudah diagihkan kepada orang Melayu, pemimpin-pemimpin ini tidak mampu mereka tidak ada kekuatan akhirnya pemimpin ini 'rubber stamp' untuk korporat Cina dan India," katanya.

Menurutnya lagi isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengapi-apikan semangat perkauman masyarakat pelbagai bangsa bagi menutup kegagalan pemimpin Umno memperjuangkan hak orang Melayu dan memberi penerangan mengenai Islam yang sebenarnya.

"Sebab selama 50 tahun dasar ekonomi baru yang diperjuangkan oleh Umno sendiri tidak berjaya dan kegagalan ini bukan akibat orang Cina dan India merampas, soalnya orang Cina dan India telah memberi peluang, peluang ini tidak dapat dihasilkan dengan pelbagai projek dan dasar yang telah diperkenalkan sebab semuanya telah diagihkan tidak mengikut peraturan, kroni adanya rasuah dan sebagainya," katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni untuk anak Adam/Hawa. Siapakah anak-anak Adam....? mereka terdiri dari berbangsa-bangsa dan berlainan budaya. Pada mulanya Anak-Anak Adam taat kepada perintah-perintah Allah melalui arahan-arahan ayah mereka.

Bezanya hanya mereka yang taat kepada Allah dan Rasul bukan bangsa.... Dalam hukum syarak tidak dibenarkan makan haiwan dua alam...dan yang biasa kita lihat adalah katak.

Tanpa Nama berkata...

Lawak satu Malaysia.
Karut..
Karut..

Unknown berkata...

susah nak nilai tahap ketaatan seseorang kepada negaranya. yang paham dan hormat budaya orang melayu-islam hanya segelintir sahaja. yang lain masih tak puas hati. tak paham. hanya tahu memberontak.

Tanpa Nama berkata...

apa ada pada bangsa yg penting ugama...islam adalah ugama universe yg mencakupi semua bangsa...baik dan buruk sesebuah bangsa terletak pada sejauh mana pegangan mereka pada ugama .

Tanpa Nama berkata...

Tanniah le Yb Idham Lim..saya bangga anda menjadi YB Dun Titi Serong

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada YB Idham Lim sbg ADUN Titi Serong kerana sentiasa menyatakan perkara yang benar dan bernas