07 Januari 2011

Tenang - PAS Johor ada bukti gesa guru sokong BN

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.


Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang. [MOD]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada pengundi2 Tenang... pandai2lah buat pilihan. If nak terus hidup mpd kadar kemiskinan tegar, cukai pintu naik, petrol naik, gula naik, myk msk naik, pendidikan anak mahal, biasiswa ditarik, pergi lah pangkah BN. If BN menang, jgn salahkan pemimpin brg naik, salahkan diri sendiri sbb pergi pilih mereka jd ketua kamu. mcm pilih najib, kata Malaysia akan bankrup, xde duit nak bg subsidi pada rakyat tp ada hati nak bina menara warisan 100 tingkat, rosmah belanja sakan diluar negara... rakyat sengsara dgn kenaikan harga barang, susu pampers, ikan ayam, beras, tepung, petrol, gas...