21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
IPOH 23 Feb. - "Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."
Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.
Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.
Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.
Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.
"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.
Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.
Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.
Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.
Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.
"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.
Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

1 ulasan:
agak2 kenapa terjadi macam tu..dan tahukah wartawan yg membuat laporan semalam...adakah ini "seorgkah" isterinya...dan apa dah jadi pada isterinya yg terdahulu...who really care utk menyiasat sebelum mendatangkan aib pada isterinya yang mungkin sebenarnya "mangsa" dlm drama yg dilakonkan oleh suami?????
Catat Ulasan