24 Februari 2011

Risalah rasis: PERKASA buat laporan polis

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, hari ini membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah yang didakwa memfitnah pertubuhan itu dan berbaur hasutan.

Laporan itu dibuat yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman di balai polis Merlimau kira-kira jam 1.30 petang tadi

Menurutnya, risalah tersebut bermotifkan politik dan bertujuan menghasut serta membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu, khususnya Cina.

"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA.

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Abdul Rahim berkata, PERKASA menafikan sekeras-kerasnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran atau penyebaran risalah berkenaan kepada umum, khasnya pengundi di dalam DUN Merlimau.

"Kami PERKASA tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas yang tidak bertanggungjawab selepas ceramah yang diadakan pertubuhan ini tiga hari lalu di kampung Pengkalan Samak.

"Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak pernah menafikan sumbangan kaum Tiong Hwa dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak pernah mengajar ahli untuk bersifat perkauman, malah mengajak orang Melayu bersama-sama mempertahankan perlembagaan negara dan hak-hak mereka.

"PERKASA sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua pihak dan menyeru ke arah keharmonian kaum-kaum yang terdapat di negara ini.

"Antara lokasi yang kami kesan dipercayai berlakunya pengedaran risalah terbabit termasuk di sekitar Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri dan Taman Pasir," katanya.

Tiga hari lalu, PERKASA menganjurkan Program Perdana PERKASA bertajuk 'Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu' di perkarangan rumah seorang penduduk berhampiran Makam Tun Teja, Kampung Pengkalan Samak.

Berucap di ceramah tersebut ialah beberapa penceramah termasuk, Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim dan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Arman Abu Hanafiah.

3 ulasan:

mspicaso berkata...

macam pencuri menjerit pencuri...!!!

Putra IJ80 berkata...

Dari dulu,kini dan selama lama nya, ToK Beraghim Ali,tak begitu jelas perjuangan nya.

Dia Bertanding atas tiket PAS, Tapi Hati nya UMNO, sekarang dia kata NGO.,.

Aper nie?

Yg.Jelas dia hentam TGNA dan kepimpinan PAS,

Selalu selari dgn Tindakan Najib dan UMNO,

Dan dakwaan NGO hanya sekadar mencari pengaruh ,agar ada tempat bagi nya dlm PRU13,yg.semesti nya bukan calun dari PAS dan tidak juga di pilih mengwakili UMNO.

Itu ajer!!

Tanpa Nama berkata...

"Membongkar Pengkhianat Melayu"

Haiiii...kalau tak silap saya bukan kah si Ibrahim Ali ni salah sorang pendesak utk jatuhkan imuniti Raja2 Melayu dulu tu....
Kenapa dia boleh buat2 lupa hahhhhh... Tak pengkhianat ka nama nya tuuuu...

kah..kah..kah...
Sendiri bikin...sendiri tak mahu ngaku.