17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Semoga YB sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Tahniah kepada YB yang sentiasa memuatkan blog cina islam dengan berita-berita semasa, tazkirah, ceramah dan infi-info semasa.Jarang blog pemimpin PR yang rajin update blog masing-masing kecuali Anwar Ibrahim, Mariah Mahmud, Zailah.
Kebanyakan mereka hanya update blog masing bila ada pilihanraya kecil atau bila adanya isu-isu besar melanda negara. Lantaran itulah blog YB ini sentiasa diminati dan diikuti oleh penyokong PR atau pendokong BN
Saya adalah kakitangan kerajaan. Dengan gaji tak seberapa, amat perit menempuh cabaran hidup. Harga barang boleh dikatakan naik setiap bulan. Saya yang mempunyai anak yang belum bersekolah pun merasa bebanan kewangan, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Ini belum lagi dikira orang-orang kampung yang hidup bersawah dan ke laut.
Harga ikan di tempat saya di musim tengkujuh lalu sekitar RM8-RM12. Tadi saya ke pasar pagi, harganya tetap sama walaupun sekarang bukan musim hujan lagi. Harga sayur, ayam semakin mahal. Ini belum lagi dikira dengan kualiti barangan yang dijual.Ikan yang dicampur-awet dengan formalin amat membahayakan kesihatan. Rakyat tahu, tapi apakan daya,mereka terpaksa menelannya juga.
Di pejabat saya, ramai yang atas pagar. Kadangkala sokong kerajaan, kadangkala puji pembangkang, tetapi sepakat membenci Rosmah. mereka merungut harga barang semakin mahal, gaji tetap tidak berubah. Tuntutan elaun perjalanan mesyuarat tidak di bayar. Bila ditanya kpd pihak atasan, mereka menjawab tiada peruntukan. Orang atasan memaksa buat tu, buat ni, tapi peruntukan tak ada, kalau ada pun hanyalah terlalu sedikit.Terpaksalah menggunakan duit sendiri untuk urusan kerja. Mana aci. Rosmah dapat RM111 juta untuk sekolah permatanya, pergi ke luar negara dapat claim, bawa PTD sebagai pengiring ramai-ramai lagi. Ada pulak duit!. Kerajaan umum ekonomi negara sudah pulih, FDI melonjak, KLCT mencecah paras tertinggi..tapi kami pekerja bawahan macam tu juga. Budget untuk jabatan masih dipotong!!!.
Saya percaya pada janji 100 hari dalam Buku Jingga PR. Tak ada masalah untuk PR melaksanakannya. Saya yang bekerja dengan kerajaan, sudah muak dengan ketirisan dan rasuah (direct bribes &indirect bribes). Harga perabot dipasaran tak sampai RM1000, tapi kontraktor claim sampai 2-3 kali ganda. Kerajaan bayar!!!. Kerajaan P.Pinang dapat jimat RM80 juta hasil perbelanjaan berhemah dan sifar rasuah. Itulah petunjuknya kemampuan kerajaan PR.
Setiap kali ada p.raya kecil, kerajaan umum peruntukan berpuluh-puluh juta..buat itu, buat ini. banyak betul duit kerajaan!. Kalau banyak duit kenapa peruntukan jabatan kerajaan dikurangkan, claim perjalanan kakitangan kerajaan dibekukan?!. Dengan orang kampung nak tunjuk kerajaan berduit, tapi yang sebenarnya duit itu adalah hasil pengurangan (tarikan), peruntukan kepada jabatan-jabatan kerajaan. Kini kami sudah sedar taktik kerajaan.
YB,
Inilah luahan rasa hati kami, kakitangan kerajaan peringkat bawahan. YB, bangkitlah isu-isu ini didalam blog, ceramah2, risalah2 dll. Biar kakitangan kerajaan merasakan bahawa YB simpati kepada kami. Dampingilah kami, dengarlah masalah kami. Dampingilah juga mereka2 yang masih di atas pagar. Kami bukannya mahukan pembangunan material 100%, kami sokong memilih YB atas pertimbangan lain.
Sekian, wassalam.
5 ulasan:
Salam..
ziarah di pagi ahad yang damai..
su singgah sambil promosikan blog baru su manje..
Maaf jika menganggu....jemput singgah kalau ada kelapangan..
Su Ucapkan jutaan terima kasih jika sudi singgah
Poem ~~SuManje~~
harap tuan umah tak marah su singgah tanpa di undang....maaf dari su sekali lagi......
~~SuManje~~~.....
Saya juga seorang kakitangan kerajaan yang turut sama berhadapan dengan masalah pengurangan peruntukan. Projek jabatan macam-macam tapi duit tak ada, jadi saya dan rakan ambil sikap mudah, tak ada duit kerja tak jalan. Takkan nak seluk poket sendiri? Bukan berkira tetapi kaedah dan prosedur kena betul.
Sama lah tu bagi saya di peringkat bawahan ni kalau kursus diberi tempat yang tidak ada kelas seperti bilik mesyuarat aje kalau peringkat atasan kursus di hotel 5 bintang...
saya rasa ia nak mcm sistem kapitalis....biasalah ekonomi bebas...yg duit makin byk lagi dibanyakkan,yg merrempat dibawah dibiarkan....
sebab tu ramai kakitangan yg buat lOan + muflis....
Catat Ulasan