17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
BACHOK: Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang terbabit yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Katanya, wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.
Beliau berkata, pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang terbabit.
"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan