06 Rabiul Awal 1432 H.
PETALING JAYA 9 FEB: Usaha menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan di Mesir menerusi Ops Pyramid dikhuatiri hanya sebagai gimik politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abas Awang pada sidang media.
Abas berkata, tumpuan harus diberikan kepada pelan tindakan susulan untuk pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir menghabiskan pengajian mereka selain saranan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti masalah di peringkat universiti di negara itu.
"Ini memerlukan suatu jawatankuasa khas untuk meyelesaikan masalah peringkat-peringkat dan fakulti-fakulti yang terlibat dan mungkin kerjasama dengan universiti yang ada. Kerja-kerja ini adalah kritikal. Tapi saya percaya mereka ini mengambil glamour politik selepas itu sunyi sepi.
"Saya bimbang ini gimik politik. Yang selalu berlaku dia adalah sebagai kemuncak. Sambutan yang pelbagai tapi selepas itu sepi. Saya lama dalam pendidikan dan saya tahu perkara ini. Sedangkan masalah sebenarnya bagaimana nasib pelajar-pelajar ini. Bagaimana mahu diteruskan (pelajaran), nasib rumah-rumah mereka di sana?" tegas beliau kepada media.
Sementara itu dalam sidang media sama, kerajaan Pakatan Rakyat menggesa golongan pendidik menyokong usaha menaikkan gaji mereka sebanyak RM500 sepertimana termaktub dalam agenda 100 hari Pakatan Rakyat.
Abas berkata pendekatan ini mampu menarik minat lebih ramai tenaga pengajar berkualiti sekaligus menjadiakan profesion guru menjadi pilihan utama.
"Parti Keadilan memikirkan perlu kita memartabatkan profesion perguruan negara kita untuk menyelamatkan daripada krisis pendidikan dan masalah moral yang lahir daripada institusi pendidikan kita," jelas beliau lagi.
Biro Pendidikan PKR sebelum ini di bawah kelolaan Dr Mohd Nor Manuty telah melaksanakan pelbagai seminar untuk memperkasa taraf pendidikan negara.
Beliau turut menyentuh penurunan kadar pengambilan guru hingga mengakibatkan tenaga pengajar yang sedia ada dibebani dengan kerja justeru mengurangkan tumpuan kepada keberkesanan pembelajaran.
Abas turut menyebut perbandingan dengan negara Singapura yang mempunyai kualiti guru amat baik berikutan tawaran gaji yang lumayan sehingga mampu mengangkat sistem pendidikan negara itu ketahap tertinggi.
Tv Selangor/-

1 ulasan:
Apala... kan dah diumumkan bahawa segala pelan tindakkan susulan dah di buat dan dirancang.. apa yg PR buat untuk menangani dan membantu usaha murni ini??? hanya pandai menyalahkan dan menyusahkan sahaja...tabur fitnah dan wasangka yg buruk.. kan lebih baik membuat kerja amal dari melalak dan berdemo menyusahkan orang lain....
Catat Ulasan