3 Rabiul Awal 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS
SLOGAN `1 Malaysia 1 Ummah' dikatakan menjadi thema sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini. Biasalah, kerajaan sekarang semuanya mahu dijadikan `1 Malaysia' dengan berbagai jenama `1 Malaysia' di tempelkan. Apa yang tidak kena dengan thema `1 Malaysia 1 Ummah' ini?
Pertamanya, kita diberitahu bahawa konsep 1 Malaysia adalah menunjukkan kesamarataan di antara semua kaum dan agama di negara ini. Konsep ini kununnya memberi keadilan kepada semua kaum dan agama. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain, begitu juga semua agama seperti Islam, Kristian, Budha, Hindu dan lain-lainnya adalah terdapat di dalam konsep 1 Malaysia. Ertikata, konsep 1 Malaysia meliputi semua kaum dan agama di negara ini.
Apa pula yang dimaksudkan dengan `Ummah' di dalam konteks Islam? Di dalam Islam, yang dimaksudkan dengan Ummah itu adalah semua penganut agama Islam. Adakah penganut ugama Kristian, Budha, Hindu dan selain dari Islam itu termasuk di dalam konteks `Ummah'? Jawapannya sudah pasti tidak. Kristian bukan Ummah yang sama dengan Ummah Islam. Kristian tentulah ada Ummahnya sendiri iaitu Umat Kristian. Begitu juga dengan ugama yang lainnya.
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang berhubung kait dengan Nabi Muhammad SAW iaitu sambutan bercorak keagamaan di dalam Islam. Justeru itu, wajarkah konsep `1 Malaysia' dicampor adukkan di dalam sambutan keagamaan Islam seperti ini? `1 Malaysia 1 Ummah' bermaksud semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia itu adalah 1 Ummah dengan Islam? Betulkah begitu? Adakah kita mengiktiraf semua agama yang terkandung di dalam konsep 1 Malaysia adalah 1 Ummah dengan kita sebagai umat Islam?
Saya merasakan thema sedemikian tidak tepat samasekali malahan ianya amat bertentangan. Umat Islam tidak boleh disamakan dengan Umat ugama lain, jauh sekali untuk disatukan. Saya berharap agar pihak-pihak berkenaan lebih berhati-hati dengan memilih thema bagi program atau sambutan keagamaan yang melibatkan ugama Islam yang maha suci ini. Jangan kerana terlalu inginkan kemegahan di dalam jenama 1 Malaysia, kita satukan kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

24 ulasan:
Kalau tema itu bermaksud mengajak umat islam menggerakkna usaha dakwah mengislamkan semua rakyat malaysia, maka tema ini sesuai. tetapi penganjur tidak berniat begitu. walau bagaimanapun, kita boleh ambil kesempatan berdakwah ke arah itu. inilah masanya.
salam
umat islam malaysia ni ramai yang bodoh berbanding yang cerdik. kalau itu satu arahan dari atas....mereka akan ikut saja macam lembu.
umno dah banyak mengarut.
Ada lak 1ummah.
1Allah tak leh pulak.
Ayuh bangun, lanyak slogan mereka yang sesat macam melanyak 'Santa Claus' Bersongkok Aidilfitri.
Betul tu Tanpa Nama, umat Islam di Malaysia ni ramai yang bodoh....
Awak salah seorang darinya... :0
hari ini manusia sudah berani menjaja agama demi mencapai matlamat dunia..dimana mufti-mufti?penasihat-penasihat agama?JAKIM? dan ... . Sudahkan mereka kenyang mendapat hasil penjualan agama untuk kehidupan dunia semestara ini?. Sesungguhnya laknat Allah swt pasti dan pasti akan tiba.Wanauzubillah
yang di panggil UMMAH adalah umat Islam. ada ke orang panggil umah kristian ke, umah budha ke. jadi satu umah tu ertinya satu umat Islam di Malaysia. Bukan utk orang kafir.
hghghg
Tanpa Nama yang diatas tu....senangnye awak nk judge org mcm tu...tulah die masyarakat kite ni..suke sgt nk tuding jari cri slh org...
Salam Ukhuwah... Tema 1Malaysia 1 Ummah... byk perspektif yg perlu dilihat. Cuma yg sepatutnya, janganlah dikaitkan dengan JAKIM, atau apa2 pertubuhan yg berkaitan ISLAM. Anda terlalu mudah menilai kepincangan dari kebaikan. Jangan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Cuma beringat, bersyukurlah dengan kebebasan ISLAM di Malaysia yg jauh lebih hebat berbanding negara-negara lain yang retak menanti belah. Bikullul sirur. Salam min baik.
1Malaysia 1Ummah..
mMm..adakah ia berkepentingan kepada individu2 tertentu?
Salam ukhuwah saudara/sedari sekalian jgn baru skrg nk marah semasa tema ni keluar dulu x nk plak di bangkit....mengatakan tema ni tidak sesuai dengan maulidur rasul pada tahun ini....klau ummno tidak betul kita sebagai rakyat la yg tolong mempebetulkn .....saya pun besependapat bahawa tema ini tidak besesuaian tpi mungkin ada isi tersirat dan tersurat yg hendak disampaikan dlm tema taun ini....kes yg lama jgn la di ungkit iklan 2 pun sdah xtdk disiarkan disbbkn kita sepakat....
Satu Malaysia , Satu Ummah . Memang tak kena langsung . Walaupun mungkin yg mencadangkan tidak berniat sebegitu. tetapi persoalan dari segi penggunaan bahasa seperti ini tidak seharusnya dipandang remeh...
cuba kmu plak yg bg cdangan utk tema thun ini...
mlmpau la semua nak 1malaysia.. lama2 bukan melayu je hilang hak, Islam kat malaysia pun boleh didominasi
jgnla salahkan satu pihak je.. kita sama2 salah.. yg bsalah tu pn satu.. xsedar2 lagi salah..hanyut dgn politik
wahai warga Malayisa tidak kira apa bangsanya...marilah kita bersatu atas nama Islam, Iman dan Ihsan, ikhlas kerana Allah Ta'ala dan untuk mendapat keredhoaanNya... jadikan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak Ulamak sbg panduan dlm mentadbir negara Malaysia yg tercinta ini. Jgn nanti bila Malaysia sudah ditimpa BALA BENCANA, kacau bilau mcm negara2 lain baru kita nak sedar akan kesilapan kita.
satu malaysia , satu ummah ?? hrmm
maaf lah, tp pendapt sy la... satu ummah ny memg bertentang dengan satu malaysia.. maaflah, mgkin masing2 punyer pendapat tersendiri.. tp, cuba la pk... anda, sy n saudara serta saudari sendiri telah tahu,,..., ummah itu untk org islam... tp kenapa dikaITkan dgn bangsa lain.. betul, x semestinya bangsa lain, x de yg islam.. ade tu ade, tp kebykkn bangsa lain, agama lain.. bukn islam... mgkin org lain, pk ermm.. ni semua untk menyatupadukan raykat tp,sebgai salah seorg rakyat malaysia yg juga islam, benda ni penting... mgkin diorg silap @ entah pape, tapi korg tau... zaman sekrg, pelbgai jenis cre boleh org yahudi buat untk mengaburi mte kite.. jd, x heranlah diorg boleh buat semuani.. al-quran da bgtau, dye ( yahudi ) sentiasa mencari peluang menghapuskan islam, sehingga jalan sekecil2 kuman pun dicari untk jatuhkan kite... jd, pd semua umat islam.. ayuhh!! jangan lagi biarkan islam diperjatuhkan.... ingat la ... kite skrg berada pada tahap yg mencabar.... dimana islam dipandang ringan bg semua.
assalamualaikum...
usahlah kita trllu mmprtikaikn ssuatu,tp fkirla bgaimna kita mlalui ssuatu kjdian itu..
stiap prkra ley jd baik,n ley jd xbaik..
trpulng ats dri sndri..
bngunla wahai umat islam..
kita berbalah,pnonton hnya brtepuk tangan..
sedarlah wahai semua saudaraku..
Kite slalu kate orang bodoh...tp kite sdar x kite pun bodoh..angkuh dan hipokrit? sedap jer mulut nak kte rkyat mlysia bodoh?
sblum ckap orng bodoh...gunalah otak...pikir...hang sanggup nak tanggung dosa smua rakyat mlysia nie ker?? snang snang jer kte orang bodoh...ini namanya angkuh dan sombong serta busuk hati. dah bnyak sgt ker pahale tu???
dari satu sudut, ianya dianggap baik kerana boleh menjadi sebagai selogan dakwah secara tidak langsung
Bodoh atau tidak bukan itu isunya...
kalo anda tgk sendri kita yang sesama islam pon bertengkar...yang satu pihak ni kata...aku betol...yang sorang lagi cakap aku pon betol...jadi...bila masing2 nak mengatakan mereka itu betul maka berlakunya satu pertelingkahan yang tidak sepatutnya...skali pun PAS ka UMNO ka salah...tapi apa yang kita harus buat?teruskan bergaduh sesama kita??...
berfikirlah wahai umat Muhammad SAW...berbalah sesama sendiri langsung tidak menguntungkan...yang ruginya ISLAM yang untung ialah KAFIRUN...tidakkah anda melihat di luar sana yang menjatuhkan ISLAM itu adalah dikalangan kita sendiri...berbalah tak sudah2...perlu ke mcm tuh...
mungkin ada yang terbit dihatinya berkata..."ahhh...ko nih cakap pandai la!!!" nih bukan cakap pandai...tapi ini realiti...sekiranya itu kata2 itu terbit dari hati anda...maka anda sebenarnya masih tersekat di dunia anda sendiri...
sile rujuk kamus dewan bahasa maksud ummah.. xsmstinya mrujuk kpd umat islam shaja.. skg nk ckp ape? kamus dewan dmanipulasi ke?
elehhhh
Catat Ulasan