06 Mac 2011

Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat


01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

2.DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.

3.Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

4.Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?

5.Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.

6.Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn dilayan sngt Farahana ngan MM..kedua2nya golongan jahiliah..kerana tak tahu membezakan orang murtad ngan orang beriman. Akhbar mm ni akhbar nasional bertaraf bakul sampah..maka rencananya adalah sampah..oleh itu jgn dilayan sangat.

Mencari Handphone Murah di Jai Communication berkata...

cabaran debat BN terima..wakil dari MCA dan MIC akan berhadapan dgn wakil PAS..kehebatan Wakil BN akan terserlah setelah tunjuk ajar dari UMNO selama 53th..

anti zionis berkata...

tolong siasat sat, si farahana ni islam ka??

Tanpa Nama berkata...

astargfirullah...umno da teramat2 melampau..

Tanpa Nama berkata...

Kalau ulamak pewaris Nabi disamakan seperti ajaran sesat oleh JMM, maka merekalah yang mengamalkan ajaran yang sebenarnya...

abdullah berkata...

Cik Farahana kenapa begitu sekali

Tanpa Nama berkata...

cik farahana x takut dosa ke kalau jahil tentang agama jgn cuba jgn cuba nak jd hero, jgn2 kamu ni sembahyg kadang2 buat kadang2 tak buat atau tak buat lansung jgn senang memberi fatwa mengatakan seseorang itu sesat kalau kata jahil itu boleh tahan lg tp kalau kata sesat itu dah melampau lah sbb itu lah ulama2 dlm umno gunakan kamu sdgkan mrk x brani nak berckp mcm tu, hati dan lidah kamu ni memang x pernah berzikir kpd Allah tp lebih byk menmbhkan dosa dan menghitamkan lg hati kamu yg akhir nya Hidayah Allah tak de selera nak masuk ke dlm HATI KAMU TU - BEERTAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT

Tanpa Nama berkata...

Tlg beritahu saya selain dari Masjid Rusila dan dataran Ilmu MBKB adatak lain tempat di Malaysia yg mampu menarik ribuan maanusia yg mengikuti majlis pengajian yg telah berjalan lebih 20 thn ? Insaf lah wahai maanusia. Gulongan Bani Israel sahaja yg berani mempersendakan Allah, ayatayat Allah, hukum Allah dan utusan Allah. Moga Allah terus Memberkati YAB Tg Guru MB dan tuan tuan guru yg menegakkan hukum Allah dan ISLAM di mukai bumi ini.

Tanpa Nama berkata...

Farahana Jamaluddin SAMA MONA FENDI ? adakah imej anda sama ?

ZAMRI kecik's berkata...

Saman je!!!!

ZAMRI kecik's berkata...

Saman je!!!

Tanpa Nama berkata...

orang banggang yang cakap begitu

Tanpa Nama berkata...

manusia mcm si farahana ni jenis manusia yg tak cukup ilmu tapi berlagak pandai (bodoh sombong)

Tanpa Nama berkata...

si farahana ni tergolong dlm golongan org yg tak cukup ilmu tp berlagak pandai = BODOH SOMBONG!!!