06 Mac 2011

Tembakan dilepaskan di Tripoli

01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI, Libya: Tembakan dilepaskan di ibu negara Libya, Tripoli, tetapi tidak diketahui pihak mana yang melakukannya.

Beberapa tembakan boleh didengar di Tripoli awal hari ini, sehari selepas kereta kebal tentera kerajaan memasuki bandaraya berhampiran ibu negara yang dikuasai pemberontak. Semalam juga, pasukan pemberontak menawan bandar pelabuhan minyak utama Ras Lanuf dan mara ke bandar kelahiran Muammar Gadaffi.

Kejayaan pihak pemberontak membayangkan pertempuran akan berlanjutan sehingga berbulan dan mungkin menjurus Libya kepada perang saudara. - AP

Tiada ulasan: