06 Mac 2011

Pengundian PRK Kerdau dan Merlimau ditutup, pratus keluar mengundi tinggi.

01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi.

Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.

Pada tepat jam 5.00 petang tadi Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau tamat. Semua 13 pusat mengundi dengan 22 saluran ditutup serentak.

Sejurus ditutup, kesemua peti undi akan dibawa ke Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh untuk dijumlahkan.

Sementara itu bagi PRK Kerdau didapati 83 % atau 7480 orang telah keluar untuk menunaikan tanggung jawab bagi memilih wakil rakyat baru di DUN tersebut.

Berdasarkan jumlah keluar mengundi dikedua kawasan mengundi, Calon PAS memerlukan minima undi untuk menang di Merlimau sebaayak 4300 undi dan di Kerdau memerlukan minima 3800 undi.

Tiada ulasan: